BIB

Bantuan tunai BIB RM450: Senarai penerima yang layak & cara buat permohonan

Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan. Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Salah satunya adalah sebuah sumbangan tunai sebanyak RM450 kepada mereka yang berkelayakan.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan tunai ini:-

Bantuan Ibu Bersalin (BIB)

BIB pada asasnya merupakan sebuah inisiatif daripada Kerajaan Negeri Sarawak yang melibarkan kadar pemberian sebanyak RM450. kepada setiap ibu yang melahirkan anak kelahiran Sarawak.

Ia diberikan bagi membantu keperluan ibu seperti pemakanan sihat dan penjagaan diri semasa tempoh berpantang, bermula tahun 2020 tanpa mengira bangsa, agama atau status sosio-ekonomi.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Ibu pemegang kad pengenalan Sarawak berstatus ‘K’ atau isteri kepada pemegang kad pengenalan Sarawak berstatus ‘K’ (Sarawak Connection);
  • Melahirkan bayi di dalam atau di luar Sarawak;
  • Usia kandungan telah mencapai 22 minggu dan ke atas.

SERTAI  SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Cara Memohon

Bagi yang memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan BIB boleh dibuat secara manual atau dalam talian (online) seperti berikut:

  • Secara Dalam Talian: Permohonan dibuat melalui aplikasi iSarawakCare yang boleh dimuat turun dari Google Play Store atau Apple App Store.
  • Secara Manual: Permohonan boleh dibuat di mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian/Daerah, Pejabat Daerah, cawangan Jabatan Pendaftaran Negara di Sarawak atau Bahagian Pembangunan Awal Kanak-kanak, KPWK (Kuching sahaja).

Tempoh permohonan akan mengambila masa sekurang-kurangnya 14 hari waktu bekerja tertakluk kepada kelengkapan dokumen yang dihantar kepada KPWK.

Maklumat lebih teliti dan lengkap berkenaan inisiatif ini boleh dilihat – DI SINI.

Related Posts