Bantuan Tunai

Senarai penuh mereka yang layak menerima Bantuan Tunai RM300 yang telah mula dikreditkan

Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.

Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Begitulah juga apabila pihak Kerajaan bersetuju untuk memberikan bantuan tunai kepada penerima yang berkelayakan.

Bantuan Tunai RM300

Dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan Persekutuan. Antaranya adalah Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA).

BKKA sebenarnya bukan sahaja diberikan kepada para penjawat awam dan pesara Kerajaan, tetapi terdapat juga golongan lain yang layak menerimanya.

Ia adalah sebanyak RM300 kepada lebih 200,000 anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Sukarelawan Angkatan Pertahanan Awam (APM), sukarelawan polis dan bomba.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata buat kali pertamanya bantuan itu diberikan kepada golongan berkenaan.

“Selepas diteliti, ada kategori yang tidak dapat manfaat yang sama membabitkan mereka dalam kalangan bukan pekerja tetap iaitu sukarelawan sama ada RELA, APM, sukarelawan polis dan sukarelawan bomba.

“Mereka ini juga menghadapi masalah maka saya bersetuju untuk berikan saguhati sebanyak RM300 bagi setiap sukarelawan. Bagaimanapun, saguhati ini tidak termasuk Polis Bantuan,” katanya ketika membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2023 bagi bacaan kali kedua di Dewan Negara.

Tarikh Pembayaran

Pada asalnya, pembayaran bantuan ini akan diberikan pada 17 April 2023. Namun begitu, pihak Kerajaan telah bersetuju untuk mengawalkannya kepada 14 April 2023, Jumaat.

Pembayarannya akan dibuat secara kredit terus ke akaun penerima yang layak.

Related Posts