bantuan khas

Bantuan Khas i-Fitri RM300 dibayar Isnin ini: Senarai penuh penerima & cara pembayarannya

Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan. Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Salah satunya adalah sebuah sumbangan tunai yang dikenali sebagai Bantuan i-Fitri bagi tahun 2023.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan tunai ini:-

Bantuan i-Fitri RM300

Bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini, bantuan pihak Kerajaan Negeri Terengganu telah memperkenalkan sekali lagi Bantuan i-Fitri.

Jumlah bantuan ini adalah dengan kadar RM300 kepada setiap penerima. Antara syarat-syarat utama kelayakan bantuan ini adalah:

  • Rakyat Terengganu dan menetap di Negeri Terengganu;
  • Maklumat pemohon mesti ada dalam Sistem Profil Rakyat Terengganu (PRT20);
  • Pemohon adalah pengundi berdaftar di Terengganu;
  • Penerima Bantuan i-Fitri tahun 2022 perlu mengemaskini maklumat permohonan dan dokumen di dalam sistem i-bantuan dalam tempoh permohonan;
  • Pemohon merupakan Ketua Isi Rumah (KIR) yang mempunyai tanggungan dengan jumlah pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM2,500 sebulan (termasuk gaji dan semua elaun tetap);
  • Peniaga berlesen adalah tidak layak memohon kecuali pendapatan isi rumah kurang daripada RM2,500 sebulan dan di sahkan oleh JPKK.

SERTAI  SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Tarikh Pembayaran

Berdasarkan laporan media, pembayaran bantuan ini akan mula dibuat pada 17 April 2023 bersamaan dengan Isnin depan.

Bagi tahun ini, sebanyak 144,840 ketua isi rumah (KIR) layak menerima bantuan berkenaan dengan membabitkan peruntukan sebanyak RM43.4 juta.

Berkenaan dengan kaedah pembayaran pula, ia akan dibuat secara tunai melalui Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing.

Sumber: Sinar Harian.

Related Posts