aidilfitri

Senarai Bantuan-Bantuan Kewangan Hari Raya Aidilfitri yang semua rakyat Malaysia wajib tahu

Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan. Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Antaranya termasuklah pelbagai jenis bantuan kewangan bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri pada bulan ini.

Berikut adalah senarai bantuan-bantuan yang terlibat: –

Bantuan Khas Aidilfitri

Seperti mana yang telah diperuntukkan di bawah Belanjawan 2023, pihak Kerajaan telah bersetuju memberikan Bantuan Khas Aidilfitri dengan nilai sebanyak RM700 dan RM350.

Bantuan RM700 akan disalurkan kepada semua penjawat awam Gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak. Manakala, RM350 pula diberikan kepada para pesara Kerajaan.

Sagu Hati Duit Raya

Pada 29 Mac 2023, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan pemberian Sagu Hati Duit Raya kepada pasukan sukarelawan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela), Angkatan Pertahanan Awam (APM), sukarelawan polis dan bomba.

Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri

Bantuan khas ini pula adalah berjumlah sebanyak RM200 kepada 850,000 pekebun kecil getah, pesawah dan nelayan. Bantuan ini akan dibayar pada bulan April 2023.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Bantuan Raya RM700

Kerajaan Negeri Kelantan telah bersetuju memberi Bantuan Raya sebanyak RM700 kepada penjawat awam dan lantikan politik di negeri berkenaan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Bantuan itu diberikan kepada para penerima dengan tujuan bagi meringankan beban dalam persiapan menyambut hari mulia berkenaan.

I-Fitri Perantau

Bantuan i-Fitri Perantau pula adalah sebuah bantuan kewangan dari Kerajaan Negeri Terengganu. Bantuan ini melibatkan kadar antara M250 hingga RM400 mengikut kelayakan penerima (berdasarkan jumlah tahun lalu). Permohonannya boleh dibuat secara atas talian di Sistem i-Bantuan Terengganu.

Related Posts