permohonan str

Permohonan STR ditutup esok: Ini cara memohon & bayaran penuh untuk semua penerima

Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Begitulah juga di bawah Belanjawan 2023 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat pada 24 Februari lalu.

Antara bantuan yang diperkenalkan adalah Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan ini adalah penjelasannya: –

Sumbangan Tunai Rahmah (STR)

STR pada asasnya merupakan sebuah bantuan kewangan yang juga merupakan kesinambungan bantuan-bantuan sebelum itu seperti Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dan sebagainya.

Jumlah bayaran STR adalah seperti berikut mengikut kategori setiap penerima:

Kadar Asas Isi Rumah (pendapatan RM2,500 & ke bawah)

  • RM1,000 (bilangan anak 0)
  • RM1,500 (bilangan anak 1 – 2)
  • RM2,000 (bilangan anak 3 – 4)
  • RM2,500 (bilangan anak 5 ke atas)

Kadar Asas Isi Rumah (pendapatan RM2,501 – RM5,000)

  • RM500 (bilangan anak 0)
  • RM750 (bilangan anak 1 – 2)
  • RM1,000 (bilangan anak 3 – 4)
  • RM1,250 (bilangan anak 5 ke atas)

Warga Emas Sebatang Kara 60 tahun ke atas  (pendapatan RM5,000 & ke bawah)

  • RM600

Bujang 21 – 59 tahun (pendapatan RM2,500 & bawah)

  • RM350

Bujang OKU 19 – 59 tahun (pendapatan RM2,500 & bawah)

  • RM350

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Cara Memohon STR

Pihak Kerajaan telah pun membuka permohonan baru dan kemaskini STR bagi tahun 2023. Permohonan dan kemaskini ini boleh dibuat secara atas talian (online) atau manual (borang).

Bagi secara atas talian, ia boleh dibuat di Portal Rasmi STR LHDN atau melalui Aplikasi Sumbangan Tunai Rahmah dengan memuat turun di Play Store / App Store pada telefon bimbit.

Manakala untuk manual pula, Borang Permohonan STR (BK-01) boleh didapati secara percuma di boleh didapati di Portal Rasmi STR LHDNM; atau Pejabat LHDNM / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM.

Borang itu kemudiannya boleh dihantar  ke Pejabat LHDNM / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM.

Untuk maklumat lebih teliti berkenaan STR dan tatacara membuat permohonan baru/kemaskini boleh dirujuk Portal Rasmi STR – DI SINI.

Related Posts