UPM

Jawatan kosong terkini tahun 2023 di UPM: Tawaran gaji RM2,317 dengan imbuhan bulanan RM900

Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa Universiti Putra Malaysia (UPM) kini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi jawatan kosong yang ditawarkan.

Calon hendaklah membuat permohonan berdasarkan maklumat dan kelayakan yang ditetapkan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan – jawatan yang ditawarkan.

Jawatan Kosong UPM

PEGAWAI SAINS – GRED C41

  • Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
  • Taraf Jawatan: Kontrak
  • Gaji Pokok: RM2,317.00
  • Imbuhan Tamhahan:
    • RM300 (Khidmat Awam)
    • RM300 (Perumahan)
    • RM300 (Sara Hidup)

Syarat-syarat Kelayakan

  • Pemohon merupakan warganegara Malaysia;
  • Berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh tutup hebahan kekosongan jawatan;
  • Syarat-syarat kelayakan lebih khusus dan teliti hendaklah dilihat di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Cara Memohon

Kepada calon-calon yang berminat dengan jawatan-jawatan yang ditawarkan, permohonan boleh dibuat dengan mengemukakan permohonan seperti mana yang ditetapkan di pengumuman rasmi kekosongan jawatan.

Permohonan bagi jawatan ini boleh dikemukakan dengan mengisi Borang Permohonan Jawatan UPM dan dilampirkan bersama salinan kad pengenalan, surat beranak, sijil-sijil akademik yang telah disahkan dan resume.

Ia kemudiannya perlu dihantar ke alamat:

Institut Penyelidikan Produk Halal
Universiti Putra Malaysia
Putra Infoport
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
(u/p: Encik Fauzi bin Bosri)

Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dimaklumkan untuk menghadiri temuduga oleh pihak majikan.

Tarikh tutup permohonan pada 05 APRIL 2023, RABU.

Maklumat lebih terperinci (rasmi) berkenaan kekosongan jawatan dan borang permohonan boleh dilihat DI SINI.

Related Posts