Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang kini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi banyak jawatan kosong yang ditawarkan.
Calon hendaklah membuat permohonan berdasarkan maklumat dan kelayakan yang ditetapkan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan – jawatan yang ditawarkan.
Jawatan Kosong
- PENOLONG PUSTAKAWAN – GRED S29
- Kumpulan : Pelaksana
- Taraf Jawatan : Tetap
- Jadual Gaji : RM1,493 – RM5,672
- PEMBANTU PUSTAKAWAN – GRED S19
- Kumpulan : Pelaksana
- Taraf Jawatan : Tetap
- Jadual Gaji : RM1,352 – RM4,003
Syarat-syarat Kelayakan
- Pemohon merupakan warganegara Malaysia;
- Berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh tutup hebahan kekosongan jawatan;
- Syarat-syarat kelayakan lebih khusus dan teliti hendaklah dilihat di hebahan rasmi kekosongan jawatan.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Cara Memohon
Kepada calon-calon yang berminat dengan jawatan-jawatan yang ditawarkan, permohonan boleh dibuat dengan mengemukakan permohonan seperti mana yang ditetapkan di pengumuman rasmi kekosongan jawatan.
Permohonan bagi jawatan-jawatan ini boleh dikemukakan dengan mengisi Borang Permohonan Jawatan yang boleh didapati di
PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM PULAU PINANG
JKR 2118 JALAN PERPUSTAKAAN
SEBERANG JAYA, 13700 PERAI
Borang yang lengkap kemudiannya perlu dihantar ke alamat:
PENGARAH
PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM PULAU PINANG
JKR 2118 JALAN PERPUSTAKAAN
SEBERANG JAYA
13700 PERAI
Tarikh tutup permohonan pada 31 MAC 2023, JUMAAT.
Maklumat lebih terperinci (rasmi) berkenaan kekosongan jawatan dan permohonan boleh dilihat DI SINI.