bantuan am persekutuan

Kerajaan setuju teruskan Bantuan Am Persekutuan RM300 setiap bulan: Panduan buat permohonan

Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.

Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Begitulah juga dengan bantuan kewangan yang dikenali sebagai Bantuan Am Persekutuan.

Bantuan Am Persekutuan

Ketika Belanjawan 2023 dibentangkan, pihak Kerajaan telah bersetuju untuk meneruskan pelaksanaan Bantuan Am Persekutuan kepada mereka yang memerlukan dan berkelayakan.

Bantuan ini pada asasnya bertujuan untuk membantu individu/keluarga yang kurang berkemampuan dan berkeperluan untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti.

Kadar bantuan ini adalah sebanyak minima RM100 sebulan seorang dan maksimum RM350 sekeluarga.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara dan bermastautin di Wilayah Persekutuan;
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi:
    • Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) purata miskin isi rumah semasa; atau
    • PGK purata miskin Per Kapita Semasa
  • Golongan yang memerlukan dan keluarga miskin yang tidak diliputi di bawah mana-mana skim bantuan bulanan JKM lain.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Cara Memohon

Untuk mereka yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan, permohonan bantuan kewangan ini boleh dibuat melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur/Putrajaya/Labuan.

Bagi memudahkan urusan permohonan, pemohon dikehendaki membawa dokumen-dokumen sokongan berikut ketika mengemukakan permohonan:

  • Salinan Kad Pengenalan diri pemohon;
  • Salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama;
  • Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama;
  • Salinan penyata gaji (jika ada);
  • Lain-lain dokumen yang berkaitan.

Maklumat lebih lengkap berkenaan bantuan ini boleh dirujuk di – DI SINI.

Related Posts