Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan. Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.
Salah satunya adalah Bantuan i-Fitri yang telah dibuka permohonan bagi tahun 2023.
Berikut adalah maklumat lanjut berkenana bantuan kewangan ini:-
Bantuan i-Fitri
Bantuan i-Fitri pada asasnya merupakan sebuah bantuan tunai sebanyak RM250 hingga RM400 (berdasarkan kadar tahun lalu) yang diperkenalkan bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Syarat-syarat Kelayakan
- Rakyat Terengganu dan menetap di Negeri Terengganu;
- Maklumat pemohon mesti ada dalam Sistem Profil Rakyat Terengganu (PRT20);
- Pemohon adalah pengundi berdaftar di Terengganu;
- Penerima Bantuan i-Fitri tahun 2022 perlu mengemaskini maklumat permohonan dan dokumen di dalam sistem i-bantuan dalam tempoh permohonan;
- Pemohon merupakan Ketua Isi Rumah (KIR) yang mempunyai tanggungan dengan jumlah pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM2,500 sebulan (termasuk gaji dan semua elaun tetap);
- Peniaga berlesen adalah tidak layak memohon kecuali pendapatan isi rumah kurang daripada RM2,500 sebulan dan di sahkan oleh JPKK;
- Semua Penjawat Awam dan lantikan kerajaan yang menerima elaun tetap bulanan adalah TIDAK LAYAK memohon;
- Pemohon yang tidak mempunyai slip gaji perlu mengemukakan Surat Akuan Pendapatan yang disahkan oleh Penghulu Mukim atau Pengerusi JPKK;
- Pemohon perlu mencetak borang permohonan sebagai simpanan dan bukti menyelesaikan permohonan;
- Permohonan boleh di tolak sekiranya Maklumat tidak benar dan tidak lengkap.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Cara Memohon
Bagi yang memenuhi syarat-syarat kelayakan, permohonan bantuan kewangan ini perlu dibuat secara dalam talian di sistem i-Bantuan.
Permohonan baru dan penerima i-Fitri 2022 hendaklah memuatnaik dokumen berikut ke sistem i-Bantuan semasa membuat permohonan dan kemaskini profil:
- Salinan Kad Pengenalan pemohon dan pasangan;
- Salinan slip gaji atau slip pencen terkini atau surat akuan pendapatan pemohon dan pasangan yang disahkan.
Untuk maklumat lebih teliti berkenaan bantuan ini sila rujuk di Sistem i-Bantuan DI SINI.