Bantuan Kewangan

Bantuan Kewangan RM800 dibayar 4 Fasa: Berikut senarai penerima & tarikh pembayaran

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) di bawah Belanjawan 2023. Berikut adalah penjelasan lanjut berkenaan bantuan kewangan ini: –

Bantuan Kewangan RM800

Ketika membentangkan Belanjawan 2023, pihak Kerajaan telah bersetuju untuk menaikkan kadar Bantuabn Musim Tengkujuh (BMT) dari RM600 sebelumnya kepada RM800 bagi tahun 2023.

“Kerajaan turut bersetuju menaikkan sumbangan musim tengkujuh daripada RM600 kepada RM800 untuk tempoh empat bulan.

Ini dapat membantu meringankan beban yang ditanggung 320 ribu pekebun kecil dengan peruntukan RM256 juta,” kata Perdana Menteri ketika membentangkan Belanjawan 2023.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Tarikh Pembayaran

Berdasarkan ucapan Perdana Menteri ketika membentangkan Belanjawan 2023, pembayaran BMT akan dilaksanakan sebanyak empat fasa kepada mereka yang layak.

Menurut apa yang dinyatakan di Ringkasan Belanjawan 2023, pembayaran empat fasa itu akan dibuat pada bulan November, Disember, Januari dan Februari.

Berdasarkan pelaksanaan BMT sebelum ini, ia telah dikendalikan oleh Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) dan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA).

Akan tetapi, maklumat lebih lanjut berkenaan bantuan kewangan ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa oleh pihak Kerajaan nanti.

Untuk maklumat lebih teliti berkenaan Belanjawan 2023 dan BMT, sila rujuk di Portal Rasmi Kementerian Kewangan – DI SINI.

Related Posts