uitm

Permohonan jawatan kosong terkini di UiTM bagi Mac 2023: Gaji RM2,080 hingga RM9,643

Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Tapah, Perak kini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi jawatan kosong yang ditawarkan.

Calon hendaklah membuat permohonan berdasarkan maklumat dan kelayakan yang ditetapkan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan – jawatan yang ditawarkan.

Jawatan Kosong UiTM

  1. JURUTERA – GRED J41
    • Jadual Gaji: RM2,529 – RM9,643
  2. PENOLONG PENDAFTAR – GRED N41
    • Jadual Gaji: RM2,080 – RM9,546

Syarat-syarat Kelayakan

  • Pemohon merupakan warganegara Malaysia;
  • Berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh tutup hebahan kekosongan jawatan;
  • Syarat-syarat kelayakan lebih khusus dan teliti hendaklah dilihat di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Cara Memohon

Kepada calon-calon yang berminat dengan jawatan-jawatan yang ditawarkan, permohonan boleh dibuat dengan mengemukakan permohonan seperti mana yang ditetapkan di pengumuman rasmi kekosongan jawatan.

Permohonan bagi jawatan ini boleh dikemukakan dengan melengkapkan Borang Perjawatan Universiti Teknologi MARA dan dilampirkan bersama salinan dokumen-dokumen yang telah disahkan:

  • Kad Pengenalan;
  • Sijil SPM/MCE, HSC/STPM atau setaraf;
  • Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana, PhD (Skrol dan Trankskrip Akademik Terperinci);
  • Surat Pengiktirafan Kelayakan Akademik daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA);
  • Surat Pengesahan Perkhidmatan dari majikan sedia ada/terdahulu untuk mengambil kira pengalaman kerja/penetapan gaji;
  • Salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemas kini (bagi kakitangan kerajaan/Badan Berkanun/separa kerajaan yang sedang berkhidmat).

Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dimaklumkan untuk menghadiri temuduga oleh pihak majikan.

Tarikh tutup permohonan pada 26 MAC 2023 (AHAD).

Maklumat lebih terperinci (rasmi) berkenaan kekosongan boleh dilihat DI SINI dan Borang Permohonan boleh didapati DI SINI.

Related Posts