HIPIT

Permohonan HIPIT RM1,000 ‘one-off’ dibuka sehingga 31 Mac 2023: Berikut cara memohon bantuan ini

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah HPIPT sebanyak RM1,000 secara ‘one-off’ kepada mereka yang berkelayakan. Berikut adalah penjelasan lanjut berkenaan Kerajaan Negeri ini: –

Insiatif HPIPT

HPIPT pada asasnya adalah sebuah inisiatif dengan kadar sebanyak RM1,000. Bantuan kewangan secara ‘one-off’ ini diberikan kepada pelajar tahun pertama pengajian yang melanjutkan pendidikan ke IPTA dan IPTS yang diiktiraf oleh Kerajaan dari peringkat peringkat Sijil Kemahiran Tahap 4, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Pemohon, ibu dan bapa adalah Warganegara Malaysia sahaja;
  • Pemohon, ibu dan bapa mestilah terdiri daripada rakyat DYMM Sultan Selangor Darul Ehsan yang memenuhi kriteria seperti berikut:
    • Pemohon lahir dan menetap di Negeri Selangor;
    • Ibu atau bapa lahir dan menetap di Negeri Selangor;
    • Pemohon telah bermastautin dan bersekolah di Negeri Selangor tidak kurang dari 11 tahun dan menetap di Negeri Selangor;
    • Ibu atau bapa telah bermastautin dan menetap di Negeri Selangor selama 11 tahun.
  • Pemohon telah ditawarkan tempat untuk memasuki semester pertama;
  • Pemohon ditawarkan tempat untuk melanjutkan pengajian secara sepenuh masa di IPTA atau IPTS diiktiraf oleh Kerajaan bagi pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda, Diploma dan Sijil Kemahiran Tahap 4 sahaja;
  • Pemohon telah pun mendaftarkan diri di IPT bagi memulakan sesi pengajian;
  • Pemohonan hanya untuk tahun pertama pengajian sahaja;
  • Pemohon mestilah mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM);
  • Pendapatan isi rumah ibu, bapa atau penjaga pemohon berjumlah RM5,000 dan ke bawah;
  • Permohonan yang tidak lengkap dikategorikan sebagai gagal.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Cara Memohon

Bagi yang memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan bantuan ini boleh dibuat secara atas talian (online) melalui Sistem Permohonan HPIPT.

Pemohon kemudiannya perlu melengkapkan permohonan di atas talian dan menghantar salinan asal Borang Pengesahan HPIPT yang telah disahkan oleh pihak IPTA / IPTS.

alinan asal borang tersebut perlu dihantar kepada Urus Setia melalui serahan tangan atau pos sebelum tarikh tutup di alamat:

Urus Setia Hadiah Pengajian IPT
Pejabat Setiausaha Kerajaan Selangor
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Tingkat 3, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,
40503 Shah Alam

Maklumat lebih terperinci berkenaan HPIPT sila baca di Portal Rasmi-nya DI SINI.

Related Posts