miros

Pengambilan jawatan kosong di Agensi Kerajaan – MIROS: Selain upah, dapat insentif RM572

Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa nstitut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) kini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi jawatan kosong yang ditawarkan.

Calon hendaklah membuat permohonan berdasarkan maklumat dan kelayakan yang ditetapkan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan – jawatan yang ditawarkan.

Jawatan Kosong MIROS

PEGAWAI KONTRAK PROJEK (SETARA GRED Q19)

  • Klasifikasi: Penyelidikan dan Pembangunan
  • Kumpulan: Pelaksana
  • Upah: RM1,355
  • Insentif: RM572

Syarat-syarat Kelayakan

  • Pemohon merupakan warganegara Malaysia;
  • Berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh tutup hebahan kekosongan jawatan;
  • Syarat-syarat kelayakan lebih khusus dan teliti hendaklah dilihat di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Cara Memohon

Kepada calon-calon yang berminat dengan jawatan-jawatan yang ditawarkan, permohonan boleh dibuat dengan mengemukakan permohonan seperti mana yang ditetapkan di pengumuman rasmi kekosongan jawatan.

Permohonan bagi jawatan ini boleh dikemukakan dengan mengisi Borang Permohonan Jawatan MIROS secara lengkap dan dilampirkan bersama:

  • Resume lengkap dan senarai tugas terkini (jika bekerja);
  • Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran;
  • Salinan Sijil Kelulusan Persekolahan: SPM/SPM(V)/STPM dan Sijil yang membuktikan kelulusan Bahasa Melayu setaraf kelulusan SPM (jika berkenaan).
  • Salinan Sijil/Diploma/Ijazah yang dianugerahkan;
  • Cetakan perincian kelayakan dan bidang program pengajian (semakan boleh dibuat di sesawang Badan Pengiktirafan Kelayakan MQA).

Ia seterusnya hendaklah dihantar ke alamat:

Urus Setia Pengambilan, Unit Pengurusan Sumber Manusia, Bahagian Khidmat Pengurusan, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia, Lot 135, Jalan TKS 1, Taman Kajang Sentral, 43000 Kajang, Selangor.

Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dimaklumkan untuk menghadiri temuduga oleh pihak majikan.

Tarikh tutup permohonan pada 17 MAC 2023 (JUMAAT).

Maklumat lebih terperinci (rasmi) berkenaan kekosongan boleh dilihat DI SINI.

Related Posts