sara diri

Bantuan Sara Diri Fasa 1 sebanyak RM2,000: Berikut senarai penerima, tarikh & cara memohon

Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan. Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Salah satunya adalah Bantuan Sara Diri yang telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri sebagai bantuan kewangan kepada mereka yang berkelayakan.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenana bantuan kewangan ini:-

Bantuan Sara Diri

Untuk makluman, Bantuan Sara Diri pada asasnya diperkenalkan dengan kadar kewangan sebanyak RM500 hingga RM2,000 kepada mahasiswa sepenuh masa semester kedua dan ke atas bagi peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang diiktiraf Jabatan Perkhidmatan Awam dan Agensi Kelayakan Malaysia.

Syarat-syarat utama bantuan ini adalah:

  1. Anak kelahiran Negeri Perak seperti berikut:
    • Pemohon dan ibu atau bapa lahir di Negeri Perak; atau
    • Pemohon dan ibu atau bapa lahir di luar Negeri Perak tetapi telah bermastautin di Negeri Perak lebih daripada 10 tahun; atau
    • Pemohon dan ibu atau bapa yang lahir di Negeri Perak tetapi beralamat di luar Negeri Perak dan telah bermastautin di Negeri Perak lebih dari 10 tahun;
    • Keutamaan kepada mahasiswa yang masih menetap di Negeri Perak.
  2. Sedang melanjutkan pengajian SEPENUH MASA dalam SEMESTER KEDUA DAN KE ATAS peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana (MASTER) dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA);
  3. Open Universiti Malaysia (OUM) tidak layak untuk memohon bantuan ini;
  4. Semua permohonan perlu mendapat sokongan / pengesahan pihak Hal Ehwal Pelajar di IPT pemohon;
  5. Isi rumah (Ibu dan Bapa) keluarga berpendapatan di bawah RM3,000 kebawah (gaji pokok);
  6. Keutamaan kepada mahasiswa yang memperoleh PNG 3.0 dan ke atas;
  7. Mahasiswa yang telah mendapat sebarang bantuan Biasiswa Pendidikan dari mana-mana agensi mahupun syarikat korporat tidak akan dipertimbangkan;
  8. Pemberian sekali setahun sahaja bagi setiap pelajar mengikut peringkat pengajian (Bantuan Sara Diri).

SERTAI  SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Cara Memohon

Berdasarkan kenyataan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad – Bantuan Sara Diri terbahagi kepada dua fasa iaitu pertama dibuka mulai 8 Februari hingga 10 Mac 2023, dan fasa kedua pula pada bulan Ogos atau September nanti.

Kepada mereka yang memenuhi kelayakan yang ditetapkan, permohonan Bantuan Kewangan ini boleh dibuat secara dalam talian (online) di Portal Rasmi EHEYNS.

Pemohon juga perlu melampirkan dokumen-dokumen sokongan yang ditetapkan dan borang perakuan.

Info lengkap dan permohonan berkenaan Bantuan Sara Diri ini, ia boleh dibaca dengan teliti – DI SINI.

Related Posts