Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia kini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi jawatan kosong yang ditawarkan.
Calon hendaklah membuat permohonan berdasarkan maklumat dan kelayakan yang ditetapkan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan – jawatan yang ditawarkan.
Jawatan Kosong
PEGAWAI BOMBA BANTUAN
- Nama Balai Bomba & Penyelamat terlibat:
- Mersing; Pontian Baru; Yong Peng; Pagoh; Batu Pahat
- Tangkak; Punggai; Bandar Baru Kulai; Bukit Gambir; Bandar Tenggara;
- Pontian; Rengit; Bandar Penawar; Ayer Hitam; Tebrau
- Kempas; Kulai & Labis
Syarat-syarat Kelayakan
- Pemohon merupakan warganegara Malaysia;
- Berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh tutup hebahan kekosongan jawatan;
- Syarat-syarat kelayakan lebih khusus dan teliti hendaklah dilihat di hebahan rasmi kekosongan jawatan;
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Cara Memohon
Kepada calon-calon yang berminat dengan jawatan-jawatan yang ditawarkan, permohonan boleh dibuat dengan mengemukakan permohonan seperti mana yang ditetapkan di pengumuman rasmi kekosongan jawatan.
Permohonan bagi jawatan ini boleh dibuat dengan mengisi Borang PBB 3 yang boleh didapati daripada Ketua Balai Bomba dan Penyelamat terdekat seperti senarai di atas.
Setiap permohonan juga perlu dilampirkan bersama gambar baru berukuran pasport; notis kebenaran daripada majikan; salinan kad pengenalan; salinan sijil-sijil persekolahan dan kelulusan serta dokumen-dokumen berkaitan yang telah disahkan.
Tarikh tutup permohonan pada 05 MAC 2023 (AHAD).
Maklumat lebih terperinci (rasmi) berkenaan kekosongan boleh dilihat DI SINI.