Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu
PEGAWAI BOMBA

Pengambilan besar-besaran Pegawai Bomba Bantuan sesi Mac 2023: Berikut cara buat permohonan

Posted on February 28, 2023 by Admin

Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia kini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi  jawatan kosong yang ditawarkan.

Calon hendaklah membuat permohonan berdasarkan maklumat dan kelayakan yang ditetapkan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan – jawatan yang ditawarkan.

Jawatan Kosong

PEGAWAI BOMBA BANTUAN

  • Nama Balai Bomba & Penyelamat terlibat:
    • Mersing; Pontian Baru; Yong Peng; Pagoh; Batu Pahat
    • Tangkak; Punggai; Bandar Baru Kulai; Bukit Gambir; Bandar Tenggara;
    • Pontian; Rengit; Bandar Penawar; Ayer Hitam; Tebrau
    • Kempas; Kulai & Labis

Syarat-syarat Kelayakan

  • Pemohon merupakan warganegara Malaysia;
  • Berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh tutup hebahan kekosongan jawatan;
  • Syarat-syarat kelayakan lebih khusus dan teliti hendaklah dilihat di hebahan rasmi kekosongan jawatan;

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Cara Memohon

Kepada calon-calon yang berminat dengan jawatan-jawatan yang ditawarkan, permohonan boleh dibuat dengan mengemukakan permohonan seperti mana yang ditetapkan di pengumuman rasmi kekosongan jawatan.

Permohonan bagi jawatan ini boleh dibuat dengan mengisi Borang PBB 3 yang boleh didapati daripada Ketua Balai Bomba dan Penyelamat terdekat seperti senarai di atas.

Setiap permohonan juga perlu dilampirkan bersama gambar baru berukuran pasport; notis kebenaran daripada majikan; salinan kad pengenalan; salinan sijil-sijil persekolahan dan kelulusan serta dokumen-dokumen berkaitan yang telah disahkan.

Tarikh tutup permohonan pada 05 MAC 2023 (AHAD).

Maklumat lebih terperinci (rasmi) berkenaan kekosongan boleh dilihat DI SINI.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
February 2023
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728  
« Jan   Mar »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme