Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.
Salah satunya adalah melalui HPIPT sebanyak RM1,000 secara ‘one-off’ kepada mereka yang berkelayakan.
Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan sumbangan kewangan ini: –
Bantuan RM1,000
HPIPT atau secara penuhnya Hadiah Pengajian Institut Pengajian Tinggi (HPIPT) adalah sebuah inisiatif yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor dengan peruntukan sebanyak RM3 juta bagi tahun 2023.
Bantuan ini akan diberikan kepada pelajar tahun pertama pengajian yang melanjutkan pendidikan ke IPTA dan IPTS yang diiktiraf oleh Kerajaan dari peringkat peringkat Sijil Kemahiran Tahap 4, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan.
Jumlah hadiah pula adalah seperti mana yang dimaklumkan di awal tadi iaitu dengan kadar RM1,000 secara ‘one-off’.
Syarat-syarat Kelayakan
- Pemohon, ibu dan bapa adalah Warganegara Malaysia sahaja;
- Pemohon, ibu dan bapa mestilah terdiri daripada rakyat DYMM Sultan Selangor Darul Ehsan yang memenuhi kriteria seperti berikut:
- Pemohon lahir dan menetap di Negeri Selangor;
- Ibu atau bapa lahir dan menetap di Negeri Selangor;
- Pemohon telah bermastautin dan bersekolah di Negeri Selangor tidak kurang dari 11 tahun dan menetap di Negeri Selangor;
- Ibu atau bapa telah bermastautin dan menetap di Negeri Selangor selama 11 tahun.
- Pemohon telah ditawarkan tempat untuk memasuki semester pertama;
- Pemohon ditawarkan tempat untuk melanjutkan pengajian secara sepenuh masa di IPTA atau IPTS diiktiraf oleh Kerajaan bagi pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda, Diploma dan Sijil Kemahiran Tahap 4 sahaja;
- Pemohon telah pun mendaftarkan diri di IPT bagi memulakan sesi pengajian;
- Pemohonan hanya untuk tahun pertama pengajian sahaja;
- Pemohon mestilah mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM);
- Pendapatan isi rumah ibu, bapa atau penjaga pemohon berjumlah RM5,000 dan ke bawah;
- Permohonan yang tidak lengkap dikategorikan sebagai gagal.
SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021
Cara Memohon
Bagi yang memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan bantuan ini boleh dibuat secara atas talian (online) melalui Sistem Permohonan HPIPT.
Pemohon setrusnya perlu melengkapkan permohonan di atas talian dan menghantar salinan asal Borang Pengesahan HPIPT yang telah disahkan oleh pihak IPTA / IPTS.
Salinan asal borang tersebut perlu dihantar kepada Urus Setia melalui serahan tangan atau pos sebelum tarikh tutup di alamat:
Urus Setia Hadiah Pengajian IPT
Pejabat Setiausaha Kerajaan Selangor
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Tingkat 3, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,
40503 Shah Alam
Bagi permohonan tahun 2023, ia akan dibuka mulai 1 Mac hingga 31 Mac 2023.
Maklumat lebih terperinci berkenaan inisiatif ini sila baca di Portal Rasmi HPIPT – DI SINI.