e-Wallet RM300

Cara tebus & menggunakan Bantuan e-Wallet RM300 yang dikreditkan automatik setiap bulan

Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.

Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan di peringkat Persekutuan atau Negeri sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Salah satunya adalah melalui BINGKAS yang melibatkan bantuan kewangan berbentuk e-Wallet sebanyak RM300 secara automatik setiap bulan.

Ini adalah maklumat lebih jelas berkenaan bantuan e-Wallet ini: –

Syarat-syarat Kelayakan Bantuan e-Wallet RM300

  • Warganegara Malaysia;
  • Lahir di negeri Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun;
  • Pemilih berdaftar di negeri Selangor;
  • Keluarga yang mempunyai tanggungan berusia 18 tahun ke bawah;
  • Pendapatan isi rumah bawah RM3,000 sebulan.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Cara Memohon

Bagi yang memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan BINGKAS boleh dibuat secara atas talian (online) di Portal Rasmi BINGKAS atau melalui aplikasi SELANGKAH.

Tatacara pendaftaran melalui SELANGKAH seperti berikut:

  • Buka aplikasi dan klik pada panel BINGKAS;
  • Isi borang yang dengan maklumat yang tepat dan klik ‘Teruskan’;
  • Muat naik dokumen-dokumen yang ditetapkan;
  • Klik ‘Hantar’
  • Pendaftaran berjaya dan pemohon akan dimaklumkan dalam masa terdekat sama ada lulus atau tidak.

Bagi cara menggunakannya pula, ia boleh dibuat dengan tatacara berikut:

  • Kunjungi kedai-kedai berdaftar di bawah senarai BINGKAS;
  • Pilih barangan yang ingin dibeli;
  • Juruwang akan mengimbas ID penerima di aplikasi SELANGKAH untuk pengesahan;
  • Juruwang buat saringan mengikut barang-barang yang tersenarai di bawah BINGKAS;
  • Penerima klik pada Kad BINGKAS di aplikasi;
  • Penerima klik ‘PAY’ dan pilih akaun BINGKAS;
  • Penerima masukkan pin 6 digit bagi pengesahan pengaktifan Kod QR;
  • Juruwang imbas Kod QR bagi pembayaran.

Maklumat lebih lengkap berkenaan bantuan ini boleh dilihat di Portal Rasminya – DI SINI.

Related Posts