Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu
bantuan sara diri

Permohonan Bantuan Sara Diri RM500 – RM2,000 dibuka sehingga 10 Mac depan: Ini cara memohon

Posted on February 20, 2023 by Admin

Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan. Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Salah satunya adalah Bantuan Sara Diri yang telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri sebagai bantuan kewangan kepada mereka yang berkelayakan.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenana Bantuan Sara Diri ini:-

Bantuan Sara Diri

Bantuan Sara Diri ini diperkenalkan dengan kadar kewangan sebanyak RM500 hingga RM2,000 kepada mahasiswa sepenuh masa semester kedua dan ke atas bagi peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang diiktiraf Jabatan Perkhidmatan Awam dan Agensi Kelayakan Malaysia.

Berikut adalah syarat-syarat kelayakan bantuan kewangan ini:

  1. Anak kelahiran Negeri Perak seperti berikut:
    • Pemohon dan ibu atau bapa lahir di Negeri Perak; atau
    • Pemohon dan ibu atau bapa lahir di luar Negeri Perak tetapi telah bermastautin di Negeri Perak lebih daripada 10 tahun; atau
    • Pemohon dan ibu atau bapa yang lahir di Negeri Perak tetapi beralamat di luar Negeri Perak dan telah bermastautin di Negeri Perak lebih dari 10 tahun;
    • Keutamaan kepada mahasiswa yang masih menetap di Negeri Perak.
  2. Sedang melanjutkan pengajian SEPENUH MASA dalam SEMESTER KEDUA DAN KE ATAS peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana (MASTER) dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA);
  3. Open Universiti Malaysia (OUM) tidak layak untuk memohon bantuan ini;
  4. Semua permohonan perlu mendapat sokongan / pengesahan pihak Hal Ehwal Pelajar di IPT pemohon;
  5. Isi rumah (Ibu dan Bapa) keluarga berpendapatan di bawah RM3,000 kebawah (gaji pokok);
  6. Keutamaan kepada mahasiswa yang memperoleh PNG 3.0 dan ke atas;
  7. Mahasiswa yang telah mendapat sebarang bantuan Biasiswa Pendidikan dari mana-mana agensi mahupun syarikat korporat tidak akan dipertimbangkan;
  8. Pemberian sekali setahun sahaja bagi setiap pelajar mengikut peringkat pengajian (Bantuan Sara Diri).

SERTAI  SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Cara Memohon

Kepada mereka yang memenuhi kelayakan yang ditetapkan, permohonan Bantuan Kewangan ini boleh dibuat secara dalam talian (online) di Portal Rasmi EHEYNS.

Pemohon juga perlu melampirkan dokumen-dokumen sokongan yang ditetapkan dan borang perakuan.

Info lengkap dan permohonan berkenaan Bantuan Sara Diri ini, ia boleh dibaca dengan teliti – DI SINI.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
February 2023
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728  
« Jan   Mar »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme