Pengambilan banyak jawatan kosong di UUM dengan gaji sehingga RM5,753: Ini cara memohon

Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa Universiti Utara Malaysia (UUM) kini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang ditawarkan.

Calon hendaklah membuat permohonan berdasarkan maklumat dan kelayakan yang ditetapkan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan – jawatan yang ditawarkan.

Jawatan Kosong UUM

  1. PENOLONG PEGAWAI TADBIR – GRED N29
    • Gaji: RM1,493 – RM5,672
  2. PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN – GRED U29
    • Gaji: RM1,797 – RM5,753
  3. PENERBIT RANCANGAN – GRED B19
    • Gaji: RM1,360 – RM4,032

Syarat-syarat Kelayakan

  • Pemohon merupakan warganegara Malaysia;
  • Berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh tutup hebahan kekosongan jawatan;
  • Syarat-syarat kelayakan lebih khusus dan teliti hendaklah dilihat di hebahan rasmi kekosongan jawatan;

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Cara Memohon

Kepada calon-calon yang berminat dengan jawatan-jawatan yang ditawarkan, permohonan boleh dibuat dengan mengemukakan permohonan seperti mana yang ditetapkan di pengumuman rasmi kekosongan jawatan.

Permohonan bagi jawatan ini boleh dikemukakan secara dalam talian (online) di Portal Perjawatan UUM.

Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dimaklumkan untuk menghadiri temuduga oleh pihak majikan.

Tarikh tutup permohonan pada 28 FEBRUARI 2023 (SELASA).

Maklumat lebih terperinci (rasmi) berkenaan kekosongan boleh dilihat DI SINI dan permohonan boleh dibuat DI SINI.

Related Posts