Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan. Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.
Salah satunya adalah Bantuan Khas Kewangan yang telah diluluskan oleh Kerajaan-Kerajaan Negeri melalui Belanjawan Tahunan masing-masing.
Berikut adalah maklumat lanjut berkenana bantuan kewangan khas kewangan ini:-
Bantuan Khas RM2,500
Ketika pembentangan Belanjawan Negeri bagi tahun 2023, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun telah mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan sebanyak satu bulan setengah gaji atau minimum RM2,500.
Bantuan khas ini akan melibatkan sekitar 5,599 orang penjawat awam di negeri berkenaan sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada penjawat awam negeri itu, yang sentiasa komited dalam melaksanakan tugas diamanahkan.
“Diharapkan bantuan khas kewangan ini dapat menyuntik semangat semua penjawat awam untuk bekerja dengan lebih gigih lagi,” katanya, di Persidangan Keempat (Belanjawan) Penggal Kelima, Dewan Undangan Negeri (DUN), Negeri Sembilan Ke-14.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Tarikh Pembayaran
Berkenaan dengan tarikh pembayaran bantuan ini, ia akan dilaksankan sebanyak dua kali iaitu pada awal bulan Januari dan minggu pertama April 2023.
Dalam masa sama, pihak Kerajaan Negeri turut meneruskan pelbagai lagi bantuan seperti kemudahan pinjaman pembelian komputer dan kenderaan tanpa faedah bagi penjawat awam di bawah pentadbiran kerajaan negeri yang layak.
Malah, sebanyak 42 inisiatif sedia ada akan dikekalkan atau ditambah baik dan 22 inisiatif baharu akan diperkenalkan di bawah Belajawan itu.
Sumber: Berita Harian.