pengambilan besar-besaran

UKM buka pengambilan besar-besaran dengan gaji sehingga RM14,063: Ini cara memohonnya

Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa pihak Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) kini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi banyak jawatan kosong yang ditawarkan.

Calon hendaklah membuat permohonan berdasarkan maklumat dan kelayakan yang ditetapkan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan – jawatan yang ditawarkan.

Jawatan Kosong UKM

  1. JURU X-RAY U29
    • Gaji: RM 1,797 – RM 5,753
  2. JURURAWAT U29
    • Gaji: RM1,797 – RM5,753
  3. JURUTERA J41
    • Gaji: RM2,529 – RM9,643
  4. JURUTERAPI PERGIGIAN U29
    • Gaji: RM1,797 – RM5,753
  5. PEGAWAI PEMULIHAN PERUBATAN U41
    • Gaji: RM2,429 – RM9,656
  6. PEGAWAI PERUBATAN UD55
    • Gaji: RM6,504 – RM14,063
  7. PEMBANTU OPERASI N11
    • Gaji: RM1,216 – RM2,983
  8. PEMBANTU TADBIR (P/O) N19
    • Gaji: RM1,352 – RM4,003
  9. PENOLONG PEGAWAI SAINS C29
    • Gaji: RM1,505 – RM5,696

Syarat-syarat Kelayakan

  • Pemohon merupakan warganegara Malaysia;
  • Berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh tutup hebahan kekosongan jawatan;
  • Syarat-syarat kelayakan lebih khusus dan teliti hendaklah dilihat di hebahan rasmi kekosongan jawatan;

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Cara Memohon

Kepada calon-calon yang berminat dengan jawatan-jawatan yang ditawarkan, permohonan boleh dibuat dengan mengemukakan permohonan seperti mana yang ditetapkan di pengumuman rasmi kekosongan jawatan.

Permohonan bagi jawatan-jawatan ini boleh dikemukakan secara atas talian (online) di Sistem Pengurusan Permohonan Jawatan UKM.

Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dimaklumkan untuk menghadiri temuduga oleh pihak majikan.

Tarikh tutup permohonan pada 16 FEBRUARI 2023 (KHAMIS).

Maklumat lebih terperinci (rasmi) berkenaan kekosongan dan permohonan boleh dilihat DI SINI.

Related Posts