Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu
motosikal

TERKINI: Permohonan Bantuan Kewangan sehingga RM10,000 untuk beli motosikal

Posted on February 10, 2023 by Admin

Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.

Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Salah satunya termasuklah melalui bantuan Skim Pembiayaan Tekun Mobilepreneur 4.0 kepada mereka yang layak dan memerlukan.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan skim ini:-

Skim Kewangan Sehingga RM10,000

Skim Pembiayaan Tekun Mobilepreneur 4.0 ini pada asasnya merupakan pembiayaan modal kepada Usahawan Perkhidmatan Penghantaran yang menggunakan motosikal.

Pembiayaan ini juga merupakan kesinambungan Program TEKUN Mobilepreneur 1.0, 2.0 & 3.0 yang telah dilaksanakan sebelum ini bermula pada bulan April 2020.

Nilai pembiayaan yang ditetapkan di bawah skim ini adalah sebanyak RM1,000 hingg RM10,000 bagi tujuan berikut:

  • Pembelian motosikal;
  • Baik pulih motosikal;
  • Modal pusingan.

SERTAI  SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia (Bumiputera / India);
  • Berumur 18-60 tahun (Tempoh pembiayaan tamat sehingga 65 tahun);
  • Pemohon bukan seorang yang muflis;
  • Mempunyai lesen memandu B1 / B2 yang sah;
  • Mempunyai pelantikan yang sah daripada syarikat e-hailing yang berdaftar;
  • Mempunyai motosikal sendiri yang berdaftar dan sah – bagi permohonan baik pulih motosikal dan modal pusingan;
  • Mengemukakan dokumen asal sebutharga pembelian motosikal daripada pembekal yang sah – bagi permohonan membeli motosikal;
  • Terlibat secara langsung atau separuh masa dalam aktiviti perniagaan;
  • Peserta perlu mematuhi garis panduan serta terma dan syarat-syarat yang dikuatkuasakan oleh Kementerian Pengangkutan Awam (MOT);
  • Pemohon yang mendapat surat sokongan dan disyorkan oleh mana-mana syarikat e-Hailing adalah diberikan keutamaan.

Baca juga:

  • Kerajaan naikkan Bantuan BMT kepada RM800: Ini senarai penerimanya pada bulan ini & bulan depan
  • Bantuan Khas RM1,000 mula dibayar bulan ini: Berikut senarai penerima yang bakal dikreditkan

Cara Memohon

Kepada yang memenuhi syarat-syarat kelayakan, permohonannya skim ini boleh dikemukakan melalui Pejabat Cawangan TEKUN berdekatan untuk mendapatkan penerangan lanjut dan Borang Permohonan Pembiayaan.

Tempoh bayaran balik yang ditetapkan adalah selama setahun sehingga 3 tahun mengikut pilihan dan kelayakan pemohon. Kadar keuntungan yang dikenakan pula adalah sebanyak 4 peratus setahun.

Dimaklumkan juga bahawa TEKUN tidak melantik ejen atau wakil untuk menguruskan permohonan pembiayaan TEKUN Mobilepreneur 4.0 dan sebarang urusan wajib melalui pihak TEKUN sahaja.

Maklumat lengkap berkenaan skim ini sila lihat – DI SINI.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
February 2023
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728  
« Jan   Mar »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme