Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu

Kementerian Pengangkutan Malaysia buka permohonan pelbagai jawatan: Elaun bulanan RM2,000

Posted on February 10, 2023 by Admin

Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) kini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi banyak jawatan kosong yang ditawarkan.

Calon hendaklah membuat permohonan berdasarkan maklumat dan kelayakan yang ditetapkan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan – jawatan yang ditawarkan.

Jawatan Kosong Kementerian Pengangkutan

  1. PROTEGE JURUTERA MEKANIKAL
    • Elaun: RM2,000
    • Faedah: Cuti Tahunan & Caruman PERKESO
  2. PROTEGE JURUTERA ELEKTRIK
    • Elaun: RM2,000
    • Faedah: Cuti Tahunan & Caruman PERKESO
  3. PROTEGE JURUTERA AWAM
    • Elaun: RM2,000
    • Faedah: Cuti Tahunan & Caruman PERKESO

Syarat-syarat Kelayakan

  • Pemohon merupakan warganegara Malaysia;
  • Pemohon berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh tutup hebahan kekosongan jawatan;
  • Syarat kelayakan akademik dan lebih khusus yang lain hendaklah dilihat di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Baca juga:

  • Pengambilan jawatan kosong tahun 2023 di Badan Berkanun Kerajaan LLM: Gaji sehinggga RM2,983
  • Amanah Raya Berhad buka pengambilan jawatan pelbagai gred: Tarikh tutup permohonan 10 Feb 2023

Cara Memohon

Kepada calon-calon yang berminat dengan jawatan yang ditawarkan, permohonan boleh dibuat dengan mengemukakan permohonan seperti mana yang ditetapkan di pengumuman rasmi kekosongan jawatan.

Permohonan jawatan hendaklah dibuat dengan menghantar Resume, Salinan Transkrip Akademik/Sijil Ijazah Sarjana Muda ke alamat e-mel: [email protected]

Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dimaklumkan untuk menghadiri temuduga oleh pihak majikan.

Tarikh tutup permohonan pada 13 FEBRUARI 2023 (ISNIN).

Maklumat rasmi kekosongan jawatan boleh didapati DI SINI.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
February 2023
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728  
« Jan   Mar »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme