Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu
beli motosikal

Cara mohon bantuan RM10,000 untuk beli motosikal kepada mereka yang berumur 18 – 60 tahun

Posted on February 3, 2023 by Admin

Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.

Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Salah satunya termasuklah Skim Pembiayaan Tekun Mobilepreneur 4.0 yang diperkenalkan oleh TEKUN Nasional kepada mereka yang layak dan memerlukan.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenana skim ini:-

Tekun Mobilepreneur 4.0

Skim ini pada asasnya merupakan pembiayaan modal kepada Usahawan Perkhidmatan Penghantaran yang menggunakan motosikal.

Nilai Pembiayaan yang ditetapkan adalah sebanyak RM1,000 hingga RM10,000 mengikut tujuan permohonan seperti berikut:

  • Baik pulih motosikal;
  • Pembelian motosikal;
  • Modal pusingan.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia (Bumiputera / India);
  • Berumur 18-60 tahun (Tempoh pembiayaan tamat sehingga 65 tahun);
  • Pemohon bukan seorang yang muflis;
  • Mempunyai lesen memandu B1 / B2 yang sah;
  • Mempunyai pelantikan yang sah daripada syarikat e-hailing yang berdaftar;
  • Mempunyai motosikal sendiri yang berdaftar dan sah – bagi permohonan baik pulih motosikal dan modal pusingan;
  • Mengemukakan dokumen asal sebutharga pembelian motosikal daripada pembekal yang sah – bagi permohonan membeli motosikal;
  • Terlibat secara langsung atau separuh masa dalam aktiviti perniagaan;
  • Peserta perlu mematuhi garis panduan serta terma dan syarat-syarat yang dikuatkuasakan oleh Kementerian Pengangkutan Awam (MOT);
  • Pemohon yang mendapat surat sokongan dan disyorkan oleh mana-mana syarikat e-Hailing adalah diberikan keutamaan.

SERTAI  SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Baca juga:

  • Bukan hanya untuk persaraan: Ini senarai pengeluaran KWSP yang boleh dibuat sebelum usia 55 tahun
  • Cara memohon Bantuan Kewangan RM100 setiap bulan kepada ibu bapa yang ada anak di TASKA

Cara Memohon

Kepada yang memenuhi syarat-syarat kelayakan, permohonannya skim ini boleh dikemukakan melalui Pejabat Cawangan TEKUN berdekatan untuk mendapatkan penerangan lanjut dan Borang Permohonan Pembiayaan.

Tempoh bayaran balik pembiayaan ini adalah selama 1 tahun sehingga 3 tahun mengikut pilihan dan kelayakan pemohon. Kadar keuntungan yang dikenakan pula adalah sebanyak 4 peratus setahun.

Dimaklumkan juga bahawa TEKUN tidak melantik ejen atau wakil untuk menguruskan permohonan pembiayaan TEKUN Mobilepreneur 4.0 dan sebarang urusan wajib melalui pihak TEKUN sahaja.

Maklumat lengkap berkenaan skim ini sila lihat – DI SINI.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
February 2023
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728  
« Jan   Mar »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme