Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu
Bantuan RM600

Permohonan Bantuan RM600 ‘one-off’ akan ditutup minggu depan: Syarat-syarat & cara mohon

Posted on January 25, 2023 by Admin

Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.

Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan di peringkat Persekutuan atau Negeri sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Salah satunya adalah Sumbangan LZSPeduli dengan kadar sebanyak RM600 secara ‘one-off’. Ini adalah maklumat lebih jelas berkenaan bantuan kewangan ini: –

Syarat-syarat Kelayakan

Sumbangan LZSPeduli pada asasnya merupakan bantuan zakat daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS) kepada golongan fakir, miskin dan muallaf serta orang awam yang terjejas teruk akibat banjir.

Syarat-syarat kelayakannya pula adalah seperti berikut:

  • Beragama Islam;
  • Warganegara Malaysia atau permastautinan tetap;
  • Lahir dan menetap di Selangor (bermastautin) di negeri Selangor tidak kurang daripada tiga tahun.

SERTAI  SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Baca juga:

  • Bantuan Kewangan HPIPT RM1,000 ‘one-off’ diteruskan tahun ini: Jangan lepaskan peluang memohon
  • Pencarum ada baki cukup untuk buat pengeluaran: Ini penjelasan Pengeluaran KWSP 2.0 Bersasar

Cara Memohon

Kepada yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan bantuan ini boleh dibuat secara atas talian seperti berikut:

Kaedah Permohonan untuk Asnaf Fakir, Miskin & Muallaf:

  • Permohonan secara individu (ketua keluarga);
  • Permohonan melalui : Portal LZSPeduli;
  • Lahir dan menetap di negeri Selangor/bermastautin di negeri Selangor tidak kurang daripada tiga tahun;
  • Memuatnaik dokumen berikut: Laporan polis atau pengesahan pimpinan masyarakat.

Kaedah Permohonan BUKAN Asnaf Fakir, Miskin & Muallaf:

  • Permohonan secara individu (ketua keluarga);
  • Permohonan melalui : Portal LZSPeduli;
  • Lahir dan menetap di negeri Selangor/bermastautin di negeri Selangor tidak kurang daripada tiga tahun;
  • Memuatnaik dokumen berikut: Mykad ketua keluarga, No. akaun bank dan Laporan polis atau pengesahan pimpinan masyarakat.

Permohonan bantuan dibuka sehingga 31 Januari 2023.

Maklumat lebih teliti berkenaan bantuan zakat ini, boleh dilihat di Portal Rasmi LZS – DI SINI.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
January 2023
M T W T F S S
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  
« Dec   Feb »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme