bersasar

Pencarum ada baki cukup untuk buat pengeluaran: Ini penjelasan Pengeluaran KWSP 2.0 Bersasar

Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.

Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan di peringkat Persekutuan atau Negeri sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Salah satunya adalah apabila pihak Kerajaan Persekutuan membenarkan pengeluaran simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melalui pelbagai program seperti i-Sinar, i-Citra, i-Lestari dan sebagainya.

Pengeluaran KWSP 2.0 Bersasar

Berdasarkan kenyataan Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM), para pencarum KWSP yang berhasrat untuk membuat pengeluaran sekali lagi secara bersasar, mempunyai baki akaun mencukupi untuk membuat demikian.

Ini kerana, kajian PGIRM mendapati 79.6 peratus daripada 136,137 pencarum KWSP memiliki baki Akaun 1 lebih RM10,000, manakala selebihnya pula kurang RM10,000.

“Daripada kaji selidik ini, ternyata pencarum KWSP yang terdesak memerlukan pengeluaran KWSP 2.0 secara bersasar, mempunyai jumlah baki mencukupi untuk membuat pengeluaran,” kata Presiden PGIRM, Azmi Mohd Tahir.

Namun begitu, Ketua Pegawai Strategi KWSP, Nurhisham Hussein dalam satu kenyataan berkata – seramai 5.1 juta atau 76 peratus pencarum bumiputera KWSP yang berumur bawah 55 tahun didapati mempunyai simpanan kurang daripada RM10,000 pada hujung tahun 2022.

Tambahan lagi, tahap simpanan penengah (median) untuk golongan bumiputera telah jatuh daripada RM6,600 pada hujung tahun 2021 kepada RM4,700 pada hujung tahun 2022. Ia sekaligus menampakkan nilai lebih sedikit berbanding sasaran RM240,000 untuk simpanan asas.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Alternatif Selain Pengeluaran KWSP

Beberapa hari lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Kerajaan perlu mempertimbangkan nasib dan masa depan pencarum KWSP sebelum membenarkan sekali lagi pengeluaran khas.

Oleh itu, adalah lebih baik bagi Kerajaan mencari kaedah dan jalan lain yang lebih berkesan bagi membantu rakyat yang terkesan.

Disebabkan keadaan yang memungkinkan tidak membenarklan pengeluaran KWSP secara tunai, Penganalisis ekonomi dari UniKL Business School, Profesor Madya Aimi Zulhazmi Abdul Rashid telah mencadangkan tiga alternatif lain selain pengeluaran KWSP.

Antaranya seperti berikut:

  • Wang simpanan KWSP pencarum boleh dikreditkan secara langsung kepada bank untuk hutang tertunggak;
  • Kerajaan boleh menubuhkan jabatan khas di bawah agensi sedia ada untuk memperbaiki taraf kehidupan bukan sahaja dengan bantuan tunai bulanan tetapi membantu secara langsung dari aspek perniagaan atau pekerjaan yang sesuai;
  • Penubuhan satu tabungan khas menerusi dana diterima daripada derma dan wakaf yang dikecualikan cukai daripada individu mahupun korporat.

“Kerajaan mungkin boleh menubuhkan jabatan khas di bawah agensi sedia ada untuk memperbaiki taraf kehidupan bukan sahaja dengan bantuan tunai bulanan tetapi membantu secara langsung dari aspek perniagaan atau pekerjaan yang sesuai,” katanya dipetik dari Astro Awani.

Sumber: BH Online; Sinar Harian & Astro Awani.

Related Posts