UUM

Pengambilan jawatan kosong terkini di UUM sesi 2023: Jadual gaji RM6,179 – RM13,252

Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa pihak Universiti Utara Malaysia (UUM) kini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi jawatan kosong yang ditawarkan.

Calon hendaklah membuat permohonan berdasarkan maklumat dan kelayakan yang ditetapkan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan – jawatan yang ditawarkan.

Jawatan Kosong UUM

PENGARAH JABATAN PEMBANGUNAN DAN PENYENGGARAAN – GRED 54

  • Taraf Jawatan: Kontrak / Pelantikan Secara Peminjaman
  • Kumpulan Perkhidmatan: Pengurusan dan Profesional
  • Gaji: RM6,179 – RM13,252

Syarat-syarat Kelayakan

  • Pemohon merupakan warganegara Malaysia;
  • Pemohon berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh tutup hebahan kekosongan jawatan;
  • Syarat kelayakan akademik dan lebih khusus yang lain hendaklah dilihat di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Baca juga:

Cara Memohon

Kepada calon-calon yang berminat dengan jawatan yang ditawarkan, permohonan boleh dibuat dengan mengemukakan permohonan seperti mana yang ditetapkan di pengumuman rasmi kekosongan jawatan.

Permohonan jawatan hendaklah dibuat dengan mengemukakan resume/CV, dua nama penyokong sebagai rujukan (referee) dan Kertas cadangan dan Key Performance Indicator (KPI) serta ringkasan mengenai wawasan dan perancangan jangka pendek dan jangka panjang sekiranya dilantik sebagai Pengarah Jabatan Pembangunan dan Penyenggaraan.

Ia kemudiannya perlu dihantar ke alamat:

Pendaftar, Universiti Utara Malaysia, 06010, UUM Sintok, Kedah, Darul Aman.

Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dimaklumkan untuk menghadiri temuduga oleh pihak majikan.

Tarikh tutup permohonan pada 31 JANUARI 2023 (SELASA).

Maklumat rasmi kekosongan jawatan boleh didapati DI SINI.

Related Posts