jkkn

Temuduga terbuka di Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara (JKKN): Tarikh tutup 27 Januari 2023

Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa pihak Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara (JKKN) kini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi jawatan kosong yang ditawarkan.

Calon hendaklah membuat permohonan berdasarkan maklumat dan kelayakan yang ditetapkan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan – jawatan yang ditawarkan.

Jawatan Kosong JKKN

PERSONEL MYSTEP (GRED 29)

  • Taraf Jawatan: Kontrak
  • Penempatan: JKKN Ibu Pejabat, Menara TH Perdana, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Pemohon merupakan warganegara Malaysia;
  • Pemohon berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh tutup hebahan kekosongan jawatan;
  • Syarat kelayakan akademik dan lebih khusus yang lain hendaklah dilihat di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Baca juga:

Cara Memohon

Kepada calon-calon yang berminat dengan jawatan yang ditawarkan, permohonan boleh dibuat dengan mengemukakan permohonan seperti mana yang ditetapkan di pengumuman rasmi kekosongan jawatan.

Permohonan jawatan hendaklah dibuat dengan mengemukakan resume/CV ke alamat e-mel: ukk@jkkn.gov.my

Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dimaklumkan untuk menghadiri temuduga oleh pihak majikan.

Tarikh tutup permohonan pada 27 JANUARI 2023 (JUMAAT). 

Maklumat temuduga pula adalah seperti berikut:

  • Tarikh: 30 Januari 2023 (Isnin)
  • Masa: 11 pagi
  • Tempat: Tingkat 34, Menara TH Perdana, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur.

Maklumat rasmi kekosongan jawatan boleh didapati DI SINI.

Related Posts