Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu

Bantuan kewangan RM150 diberikan kepada semua tanpa kira pendapatan: Ini cara pembayarannya

Posted on January 21, 2023 by Admin

Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.

Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan di peringkat Persekutuan atau Negeri sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Salah satunya adalah bantuan kewangan RM150 secara ‘one-off’ yang diperkenalkan di bawah Bajet Mini 2023.

Ini adalah maklumat lebih jelas berkenaan bantuan kewangan ini:-

Bantuan Kewangan RM150

Dalam Bajet Mini 2023 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat – telah memperkenalkan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150.

Bantuan ini diberikan dengan tujuan untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan anak-anak yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga terutama pada awal tahun.

Malah, ia juga diberikan kepada semua murid – tanpa mengira had pendapatan ibu bapa. Murid yang layak merangkumi senarai di bawah:

  • Murid warganegara Malaysia;
  • Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya bagi Sesi Persekolahan 2023/2024;
  • Murid bersekolah di: Sekolah Kerajaan (SK); Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK); Sekolah Agama; Sekolah Swasta Persendirian yang berdaftar dengan kerajaan; Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih; Sekolah Integriti; dan Sekolah Henry Gurney.

SERTAI  SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Baca juga:

  • Permohonan Bantuan MUIP RM800 hingga RM10,000 telah dibuka: Mohon secara online sahaja
  • Lupa kata laluan STR? Ini cara menetapkan semula, supaya akaun tidak disekat selama 24 jam

Tarikh Pembayaran

Berdasarkan kenyataan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), peruntukan BAP akan dikreditkan ke akaun sekolah seawal 12 Januari 2023 dan pihak sekolah akan membuat agihan secepat mungkin selepas menerima peruntukan tersebut.

Berkenaan kaedah pembayaran, ia akan dilaksanakan sama ada secara tunai atau dikreditkan ke dalam akaun bank murid.

Dimaklumkan juga bahawa pemberian bantuan ini tidak melibatkan sebarang borang permohonan.

Maklumat lebih teliti berkenaan bantuan ini, boleh dilihat di Portal Rasmi MOF – DI SINI.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
January 2023
M T W T F S S
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  
« Dec   Feb »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme