Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu
Bantuan Kewangan RM900

Berikut adalah senarai penerima Bantuan Kewangan RM900 yang mula dibayar pada bulan ini

Posted on January 3, 2023 by Admin

Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.

Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan di peringkat Persekutuan atau Negeri sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Salah satunya adalah Bantuan Kewangan dengan jumlah tertentu oleh pihak Kerajaan Negeri kepada mereka yang berkelayakan.

Ini adalah maklumat lebih jelas berkenaan bantuan kewangan ini:-

Bantuan Kewangan RM900

Pada bulan November 2022 lalu, pihak Kerajaan Negeri Terengganu telah pun mengumumkan bonus sebanyak RM900 kepada semua penjawat awam di negeri berkenaan.

Dengan peruntukan sebanyak RM12.6 juta, bonus ini akan memanfaatkan 14,000 penjawat awam negeri Terengganu dan bertujuan untuk meringankan beban golongan berkenaan termasuk membuat persiapan membeli pakaian sekolah.

“Sebagai menghargai jasa penjawat awam yang berperanan menggerakkan pentadbiran kerajaan, saya dengan ini mengumumkan pemberian bonus sebanyak RM900 kepada kira-kira 14,000 penjawat awam yang layak,” kata Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar ketika membentangkan Belanjawan 2023, pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu Ke-14.

SERTAI  SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Baca juga:

  • Bantuan Kewangan RM700 & RM350 dibayar pada 17 Januari ini: Berikut adalah senarai penerimanya
  • Permohonan Bantuan Zakat RM600 dibuka sehingga 31 Januari 2023: Ini senarai mereka yang layak

Tarikh Pembayaran

Untuk tarikh pembayaran bonus ini, ia akan dilaksanakan pada bulan Januari 2023 kepada penerima yang layak.

Dalam perkembangan sama, pihak Kerajaan Negeri turut bersetuju memperkenalkan baucar pakej berpantang sebanyak RM200 kepada wanita yang baru melahirkan anak.

Baucar ini bertujuan untuk penjagaan selepas bersalin dan akan memberi manfaat kepada sekitar 5,000 wanita di seluruh negeri.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
January 2023
M T W T F S S
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  
« Dec   Feb »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme