majlis daerah dabong

Majlis Daerah Dabong buka pengambilan banyak jawatan kosong: Tarikh tutup 05 Januari 2023

Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa pihak Majlis Daerah Dabong kini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi banyak jawatan kosong yang ditawarkan.

Calon hendaklah membuat permohonan berdasarkan maklumat dan kelayakan yang ditetapkan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan – jawatan yang ditawarkan.

Jawatan Kosong Majlis Daerah Dabong

  1. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI)
    • Taraf Jawatan: Sambilan
  2. PEMBANTU KESIHATAN AWAM
    • Taraf Jawatan: Sambilan
  3. PEMBANTU PENILAIAN
    • Taraf Jawatan: Sambilan
  4. PENGHANTAR NOTIS
    • Taraf Jawatan: Sambilan

Syarat-syarat Kelayakan

  • Pemohon merupakan warganegara Malaysia;
  • Pemohon berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh tutup hebahan kekosongan jawatan;
  • Syarat kelayakan akademik dan lebih khusus yang lain hendaklah dilihat di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Baca juga:

Cara Memohon

Kepada calon-calon yang berminat dengan jawatan yang ditawarkan, permohonan boleh dibuat dengan mengemukakan permohonan seperti mana yang ditetapkan di pengumuman rasmi kekosongan jawatan.

Permohonan jawatan-jawatan hendaklah dibuat dengan mengisi Borang Permohonan Jawatan MDD yang boleh didapati di PEJABAT MAJLIS DAERAH DABONG secara tunai berharga RM3 setiap satu.

Ia kemudiannya perlu dilampirkan bersama salinan sijil atau salinan keputusan peperiksaan bagi kelayakan yang disyaratkan, sijil kelahiran, kad pengenalan (depan dan belakang) yang telah disahkan oleh Pegawai Kumpulan A dan sekeping dambar berukuran passport.

Seterusnya perlu dihantar ke alamat:

Yang Dipertua, Majlis Daerah Dabong, 18200, Dabong, Kelantan.

Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dimaklumkan untuk menghadiri temuduga oleh pihak majikan.

Tarikh tutup permohonan pada 05 JANUARI 2023 (KHAMIS).

Maklumat rasmi kekosongan jawatan dan permohonan boleh dilihat DI SINI.

Related Posts