Wang Tak Dituntut

Berikut cara buat semakan & mendapatkan Wang Tak Dituntut (WTD) secara atas talian (online)

Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.

Dalam masa sama, pihak Kerajaan juga cuba memudahkan masyarakat dalam pelbagai urusan, yang salah satunya membabitkan semak dan mendapatkan Wang Tak Dituntut (WTD).

Wang Tak Dituntut pada asasnya merupakan wang yang kena dibayar di sisi undang-undang kepada empunya tetapi tidak dibayar dalam satu tempoh masa tidak kurang dari satu tahun.

WTD merangkumi kategori berikut:

  • Gaji, upahan, bonus, komisen dan wang lain yang kena dibayar kepada kakitangan; dividen;
  • Keuntungan yang diisytiharkan untuk dibahagikan;
  • Tuntutan insurans yang telah diluluskan untuk bayaran;
  • Draf bank, cashier’s order, dan dokumen lain yang mempunyai fungsi yang serupa di mana tempoh sah lakunya telah luput;
  • Simpanan tetap (tanpa arahan pembaharuan automatik) yang telah matang;
  • Cagaran dan deposit apabila tujuan wang itu dikutip telah tercapai;
  • Pemiutang pelbagai atau penghutang pelbagai berbaki kredit.

Cara Semak Wang Tidak Dituntut

Bagi yang ingin membuat semakan WTD, ia boleh dibuat secara atas talian (online) dengan tatacara berikut:

  • Langkah 1: Layari pautan Portal eGUMIS;
  • Langkah 2: Buat pendaftaran pengguna secara atas talian;
  • Langkah 3: Log masuk portal menggunakan kata laluan yang didaftar;
  • Langkah 4: Kemaskini maklumat pengguna;
  • Langkah 5: Klik pada “KLIK DI SINI UNTUK CARIAN WANG TAK DITUNTUT” untuk membuat Semakan WTD melalui nombor pengenalan diri atau nombor pendaftaran syarikat dan cetak maklumat Wang Tak Dituntut tersebut (jika ada)
  • Langkah 6: Klik “Cetak”, jika perlu.

SERTAI  SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Baca juga:

Cara Membuat Tuntutan

Tuntutan WTD juga boleh dibuat oleh empunya di portal sama dengan tatacara berikut:

  • Langkah 1: Layari pautan Portal eGUMIS;
  • Langkah 2: Klik pada ruangan “KLIK DI SINI UNTUK CARIAN WANG TAK DITUNTUT” untuk membuat semakan WTD melalui nombor pengenalan diri. Klik Cetak maklumat Wang Tak Dituntut tersebut (jika perlu);
  • Langkah 3: Klik pada rekod WTD yang ingin dituntut pilih “Teruskan Dengan Permohonan”;
  • Langkah 4 : Klik pada “Tambah Penerima” untuk masukkan perihal penerima WTD. Pilih pada kotak yang disediakan sekiranya. Maklumat Diri adalah sama seperti Maklumat Pemohon, masukkan maklumat perbankan dan kemudian “Simpan”;
  • Langkah 5: Muat naik dokumen sokongan bagi kategori “MANDATORI”;
  • Langkah 6: Tandakan pada dua kotak untuk bersetuju dengan pengakuan serta terma dan syarat eGUMIS dan Klik Hantar. Pilih Ya untuk menghantar permohonan tuntutan;
  • Langkah 7: Rujuk Portal eGUMIS untuk status permohonan WTD.

Maklumat lebih teliti berkenaan bantuan ini dilihat di Portal eGUMIS – DI SINI.

Related Posts