Suruhanjaya Koperasi Malaysia

Suruhanjaya Koperasi Malaysia buka banyak kekosongan jawatan terkini: Gaji sehingga RM9,585

Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa pihak Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) kini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi banyak jawatan kosong yang ditawarkan.

Calon hendaklah membuat permohonan berdasarkan maklumat dan kelayakan yang ditetapkan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan-jawatan yang ditawarkan.

Jawatan Kosong Suruhanjaya Koperasi Malaysia

  1. JURUAUDIT W41
    • Kumpulan Perkhidmatan: Pengurusan dan Professional
    • Klasifikasi Perkhidmatan: Kewangan
    • Jadual Gaji: RM2,094 – RM9,585
  2. PENOLONG PEGAWAI EHWAL EKONOMI E29
    • Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
    • Klasifikasi Perkhidmatan: Ekonomi
    • Jadual Gaji: RM1,493 – RM5,672
  3. PEMANDU H11
    • Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
    • Klasifikasi Perkhidmatan: Kemahiran
    • Jadual Gaji: RM1,218 – RM2,939

Syarat-syarat Kelayakan

  • Pemohon merupakan warganegara Malaysia;
  • Pemohon berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh tutup hebahan kekosongan jawatan;
  • Syarat kelayakan akademik dan lebih khusus yang lain hendaklah dilihat di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Baca juga:

Cara Memohon

Kepada calon-calon yang berminat dengan jawatan yang ditawarkan, permohonan boleh dibuat dengan mengemukakan permohonan seperti mana yang ditetapkan di pengumuman rasmi kekosongan jawatan.

Permohonan jawatan ini hendaklah dibuat secara atas talian (online) di Sistem eKerajaya SKM.

Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dimaklumkan untuk menghadiri temuduga oleh pihak majikan.

Tarikh tutup permohonan pada 16 DISEMBER 2022 (JUMAAT).

Maklumat rasmi kekosongan jawatan dan permohonan boleh dilihat DI SINI.

Related Posts