Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu
skim i-push

Permohonan Skim I-PUSH RM3,000 hingga RM10,000 dilanjutkan sehingga 14 Disember 2022: Ini cara memohon

Posted on December 7, 2022 by Admin

Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.

Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan di peringkat Persekutuan atau Negeri sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Salah satunya adalah Skim Pembiayaan Kewangan Usahawan Mikro Negeri Pahang yang dikenali sebagai (Skim I-PUSH). Berdasarkan pengumuman terkini, permohonan skim ini telah pun dilanjut sehingga 14 Disember 2022.

Ini adalah maklumat lebih jelas berkenaan skim ini: –

Kadar Ditawarkan

Berdasarkan laporan RTM, kadar I-PUSH yang ditawarkan adalah antara RM3,000 hingga RM10,000 kepada setiap pemohon.

Ia bertujuan bagi membantu usahawan mikro di Pahang yang terjejas akibat pandemik C-19 serta banjir sebelum ini dengan pembiayaan pembayaran balik tanpa faedah dan penawaran moratorium setahun termasuk tiada caj tambahan.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Terbuka kepada rakyat Negeri Pahang / Warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas;
  • Bermastautin di Pahang lebih daripada 10 tahun;
  • Ada perniagaan sendiri dan telah menjalankan perniagaan melebihi satu tahun;
  • Mempunyai lesen perniagaan / permit sementara daripada PBT atau pendaftaran syarikat dengan SSM;
  • Tidak bankrap;
  • Golongan B40;
  • Berniaga di Negeri Pahang;
  • Keutamaan diberikan kepada perniagaan yang operasinya ditutup atau perniagaan terjejas akibat pandemik C-19 / Perintah  Kawalan Pergerakan (PKP);
  • “First Come, First Serve”.

SERTAI  SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Baca juga: 

  • Bantuan BMT Fasa 2 RM300 akan dibayar bulan ini: Berikut mereka yang layak & cara semak kelulusan
  • Senarai bantuan-bantuan kewangan di bawah i-Sejahtera sebanyak RM100 hingga RM1,000

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan memenuhi syarat-syarat kelayakan Skim I-PUSH yang ditetapkan, permohonannya boleh dilaksanakan secara atas talain (online) di Portal SMU Pahang.

Semakan kemudiannya boleh dibuat di Portal Sama dengan memilih menu semakan dan mengisi maklumat Nombor Kad Pengenalan serta e-mel di ruang yang disediakan.

Maklumat lebih lengkap berkenaan skim ini boleh dilihat – DI SINI.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
December 2022
M T W T F S S
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  
« Nov   Jan »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme