Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu
JPNIN

Pengambilan jawatan kosong Penjawat Awam di JPNIN: Gaji sehingga RM5,672, Elaun RM660

Posted on December 3, 2022 by Admin

Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa pihak Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional (JPNIN) Negeri Kedah kini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi jawatan kosong yang ditawarkan.

Calon hendaklah membuat permohonan berdasarkan maklumat dan kelayakan yang ditetapkan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan – jawatan yang ditawarkan.

Jawatan Kosong JPNIN

  1. GURU TABIKA PERPADUAN GRED S29 
    • Taraf Jawatan: Kontrak
    • Kekosongan: 4
    • Gaji: RM1,493 – RM5,672
    • Elaun: RM300 (ITP), RM160 (ITKA), RM200 (Bantuan Sara Hidup).

Syarat-syarat Kelayakan

  • Pemohon merupakan warganegara Malaysia;
  • Pemohon berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh tutup hebahan kekosongan jawatan;
  • Syarat kelayakan akademik dan lebih khusus yang lain hendaklah dilihat di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Baca juga:

  • Banyak jawatan kosong terkini ditawarkan di LZNK: Gaji sehingga RM5,000, Elaun RM970 – RM990
  • PERKESO tawar pengambilan banyak jawatan kosong sesi Disember 2022: Gaji RM3,100 – RM21,400

Cara Memohon

Kepada calon-calon yang berminat dengan jawatan yang ditawarkan, permohonan boleh dibuat dengan mengemukakan permohonan seperti mana yang ditetapkan di pengumuman rasmi kekosongan jawatan.

Permohonan jawatan ini hendaklah dibuat dengan mengisi Borang Permohonan Jawatan JPNIN dan dilampirkan bersama salinan-salinan dokumen disahkan berikut:

  • Sekeping gambar terbaru berukuran passport
  • Kad pengenalan
  • Sijil pendaftaran kelahiran / Sijil lahir
  • Sijil berhenti sekolah
  • Sijil akademik

Ia kemudiannya perlu dihantar ke alamat:

Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Kedah, Aras 3, Zon B, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 06550 Bandar Muadzam Shah, Kedah Darul Aman.

Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dimaklumkan untuk menghadiri temuduga oleh pihak majikan.

Tarikh tutup permohonan pada 08 DISEMBER 2022 (KHAMIS).

Maklumat rasmi kekosongan jawatan dan borang boleh dilihat DI SINI.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
December 2022
M T W T F S S
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  
« Nov   Jan »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme