Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu
Bantuan Khas

Kerajaan setuju bayar Bantuan Khas Kewangan RM1,500 bulan depan: Senarai penerima yang layak

Posted on November 16, 2022 by Admin

Pelbagai jenis bantuan kewangan sama ada Bantuan Khas atau bulanan yang telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.

Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan di peringkat Persekutuan atau Negeri sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Salah satunya adalah melalui Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM1,500 secara ‘one-off’ yang diperkenalkan pada tahun ini oleh Kerajaan Negeri Kedah.

Berikut adalah maklumuat lanjut berkenaan bantuan kewangan ini: –

Penerima Bantuan Khas Kewangan RM1,500

Menurut kenyataan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor, bantuan khas ini diberikan khusus kepada setiap kakitangan awam negeri negeri berkenaan.

“Kerajaan negeri amat berterima kasih atas dedikasi dan kesungguhan tidak berbelah bahagi kakitangan awam negeri dalam melaksanakan dasar, program dan projek dirancang kerajaan demi membangunkan negeri.

“Kakitangan awam negeri juga terlibat menguruskan bantuan semasa berlakunya bencana di negeri ini,” kata Sanusi ketika membentangkan Bajet 2023 Kedah pada Mesyuarat Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) di Wisma Darul Aman.

Baca juga:

  • Senarai Semak Dokumen-dokumen Yang Perlu Untuk Mohon Bantuan RM200 Dari LZS
  • Bantuan RM300 Dibayar Pada Bulan Ini & Bulan Disember: Berikut Cara Semak Lulus Atau Tidak

Tarikh Pembayaran

Berkenaan dengan tarikh pembayaran bantuan ini, ia akan dilaksanakan pada bulan Disember 2022 dengan peruntukan sebanyak RM8 juta.

Dalam perkembangan sama, pihak Kerajaan Negeri juga bersetuju untuk menaikkan gaji sebanyak RM100 kepada semua guru lantikan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEIK) seperti mana yang dinikmati penjawat awam lain.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
November 2022
M T W T F S S
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  
« Oct   Dec »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme