MAIPk

MAIPk buka pengambilan jawatan kosong untuk pemegang PT3 & SPM: Gaji RM1,500 – RM1,600

Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa pihak Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) kini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi banyak kekosongan jawatan yang ditawarkan.

Calon hendaklah membuat permohonan berdasarkan maklumat dan kelayakan yang ditetapkan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan-jawatan yang ditawarkan.

Jawatan Kosong MAIPk

  1. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)
    • Gaji: RM1,600
  2. Pembantu Operasi
    • Gaji: RM1,500

Syarat-syarat Kelayakan Jawatan Kosong MAIPk

  • Merupakan warganegara Malaysia;
  • Berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh tutup hebahan kekosongan jawatan;
  • Syarat kelayakan akademik dan lebih khusus yang lain hendaklah dilihat di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Baca juga:

Cara Memohon

Kepada calon-calon yang berminat dengan jawatan yang ditawarkan, permohonan boleh dibuat dengan mengemukakan permohonan seperti mana yang ditetapkan di pengumuman rasmi kekosongan jawatan.

Pemohonan jawatan hendaklah dibuat dengan mengisi Borang Permohonan Jawatan (MAIPk-BKP-P01/B01) yang boleh didapati melalui laman web MAIPk atau dengan mengambil sendiri di kaunter Tingkat 1, Kompleks Islam Darul Ridzuan, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, 30000 Ipoh, Perak.

Borang yang lengkap kemudiannya perlu dilampirkan bersama dokumen-dokumen sokongan berikut:

  • Gambar berukuran pasport;
  • Resume;
  • Salinan kad pengenalan, sijil kelahiran, lesen memandu, sijil berhenti sekolah, sijil persekolahan dan dokumen-dokumen lain berkaitan yang telah disahkan.

Ia seterusnya hendaklah dihantar ke alamat:

Ketua Pegawai Eksekutif
Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak
Tingkat 1, Kompleks Islam Darul Ridzuan
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab
30000 Ipoh, Perak Darul Ridzuan
(u.p.: Bahagian Khidmat Pengurusan, Sub-Unit Perjawatan)

Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dimaklumkan untuk menghadiri temuduga oleh pihak majikan.

Tarikh tutup permohonan pada 14 NOVEMBER 2022, ISNIN.

Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Maklumat rasmi kekosongan jawatan dan permohonan boleh didapati – DI SINI.

Related Posts