Senarai pengeluaran KWSP sebelum 55 tahun yang boleh dibuat secara online sahaja

Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan. Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Agensi sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Salah satunya termasuklah melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang kini membenarkan para ahlinya membuat permohonan pengeluaran simpanan secara atas talian (online) sahaja.

Berikut adalah senarai perkara yang membenarkan pengeluaran simpanan pencarum KWSP:

Beli & Bina Rumah

Para ahli KWSP dibenarkan untuk membuat pengeluaran simpanan Akaun 2 masing-masing sebelum berusia 55 tahun bagi tujuan membeli atau membina rumah. Rumah kediaman itu merangkumi jenis banglo/teres/berkembar/apartmen/kondominium/apartmen studio /apartmen servis/townhouse/SOHO atau rumah kedai dengan unit kediaman di Malaysia.

Membiayai Pendidikan Tinggi

Pengeluaran dari Akaun 2 KWSP adalah dibenarkan bagi tujuan membiayai pendidikan sendiri, pasangan (suami/isteri), anak-anak dan/atau ibu bapa di institusi dalam dan luar negara yang diluluskan.

Mengurang/Menyelesaikan Baki Pinjaman Perumahan

Ahli KWSP boleh membuat pengeluaran daripada Akaun 2 masing-masing bagi mengurang atau menyelesaikan baki pinjaman perumahan atau memberi bantuan pembiayaan kepada pasangan.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Menunaikan Haji

Bagi ahli KWSP yang beragama Islam, mereka dibenarkan untuk membuat pengeluaran Akaun 2 untuk mengerjakan ibadat haji sebagai tambahan kepada simpanan di Lembaga Tabung Haji (LTH) untuk perbelanjaan.

Tujuan Kesihatan

KWSP juga membenarkan para ahlinya yang menghadapi masalah kesihatan untuk membuat pengeluaran daripada Akaun 2 bagi membiayai kos perubatan penyakit kritikal dan/atau peralatan bantuan kesihatan yang diluluskan juga rawatan kesuburan.

Cara Membuat Pengeluaran

Pengeluaran KWSP boleh dibuat secara atas talian (online) melalui Portal I-Akaun KWSP dengan tatacara berikut:

  1. Log masuk di portal berkenaan;
  2. Pilih menu pengeluaran;
  3. Pilih jenis pengeluaran;
  4. Isi maklumat yang dikehendaki secara tepat dan benar.

Maklumat lanjut berkenaan pengeluaran KWSP boleh dilihat di Portal Rasmi KWSP – DI SINI.

Related Posts