Jawatan kosong besar-besaran di UUM sesi November 2022: Gaji sehingga RM9,643/sebulan

Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa Universiti Utara Malaysia (UUM) kini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi banyak kekosongan jawatan yang ditawarkan.

Calon hendaklah membuat permohonan berdasarkan maklumat dan kelayakan yang ditetapkan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan-jawatan yang ditawarkan.

Jawatan Kosong

  1. PENGURUS PROJEK (IT) GRED F41
  2. PENGURUS ZAKAT GRED N41
  3. JURUUKUR BAHAN GRED J41
  4. PEGAWAI KEWANGAN GRED W41
  5. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT GRED FA29
  6. PENOLONG JURUTERA GRED JA29
  7. PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN GRED KP29
  8. PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N29
  9. JURUTEKNOLOGI MAKMAL PERUBATAN GRED U29
  10. PEREKA GRED B19
  11. PEMBANTU KEMAHIRAN GRED H19
  12. PENGAWAL KESELAMATAN GRED KP11

Syarat-syarat Kelayakan

  • Merupakan warganegara Malaysia;
  • Berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh tutup hebahan kekosongan jawatan;
  • Syarat-syarat kelayakan akademik hendaklah dilihat di hebahan rasmi kekosongan jawatan;
  • Jadual gaji dari RM1,205 sehingga RM9,643 mengikut jenis jawatan.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Cara Memohon

Kepada calon-calon yang berminat dengan jawatan yang ditawarkan, permohonan boleh dibuat dengan mengemukakan permohonan seperti mana yang ditetapkan di pengumuman rasmi kekosongan jawatan.

Permohonanya boleh dibuat secara atas talian (online) di Portal Perjawatan UUM.

Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dimaklumkan untuk menghadiri temuduga oleh pihak majikan.

Tarikh tutup permohonan pada 07 NOVEMBER 2022 (ISNIN).

Maklumat rasmi kekosongan boleh dilihat DI SINI, manakala permohonan secara dalam talian boleh dirujuk DI SINI.

Related Posts