Cara menebus bantuan e-Dompet RM200 secara ‘one-off’ yang dilaksanakan tidak lama lagi

Pelbagai jenis bantuan kewangan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan. Antaranya adalah melalui Bajet 2023 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri  Zafrul Tengku Abdul Aziz di Dewan Rakyat, 7 Oktober lalu.

Salah satu inisiatif yang diperkenalkan di bawah Bajet 2023 adalah apabila Kerajaan bersetuju meneruskan inisiatif e-Pemula sebanyak RM200 berbanding RM150 sebelum ini.

Inisiatif ini pada asasnya adalah sebuah program yang bertujuan untuk meringankan beban kewangan golongan belia, selain membantu pemulihan perniagaan para pekedai fizikal serta menggalakkan transaksi tanpa tunai.

Pemberian e-Pemula ini akan memanfaatkan 2 juta belia antara 18 hingga 20 tahun termasuk pelajar sepenuh masa berumur 21 tahun ke atas.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Seperti mana tahun sebelum ini, penebusan e-Pemula boleh dibuat melalui penyedia-penyedia perkhidmatan e-tunai seperti BigPay, GrabPay, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet.

Setiap penebusan hanya boleh dibuat sekali sahaja, sesuai dengan status pemberian e-Pemula sebagai bantuan sekaligus atau ‘one-off’.

Inisiatif ini akan dilaksanakan pada tahun hadapan (2023) selepas Bajet 2023 diluluskan di Dewan Rakyat.

Berkenaan dengan tarikh rasmi pelaksanaan, ia masih belum dimaklumkan oleh pihak Kerajaan dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Dalam perkembangan sama, pihak Kerajaan juga setuju meneruskan Pakej Remaja Keluarga Malaysia iaitu pakej prabayar langganan pelan data internet RM30 untuk 3 bulan.

Maklumat lebih teliti berkenaan bantuan-bantuan di bawah Bajet 2023, ia boleh dirujuk – DI SINI.

Related Posts