Dividen ASB ditetapkan sebanyak 5%: Ini cara membuat pengeluaran simpanan ASB secara online

Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) adalah sebuah anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB). Ia ditubuhkan pada Mei 1979 sebagai syarikat pengurusan unit amanah di bawah PNB.

ASNB menyediakan pelbagai jenis produk pelaburan dan yang paling popular sudah semestinya Amanah Saham Bumiputera (ASB) yang menjadi pilihan majoriti rakyat Malaysia.

Untuk tahun 2021, ASNB telah mengumumkan agihan pendapatan (dividen) bagi ASB sebanyak 5.00 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021.

Akan tetapi, ketika ini urusan semakan dividen, jumlah pelaburan dan pengeluaran simpanan ASB bukan hanya boleh dibuat melalui kaunter, tapi juga secara atas talian (online).

Ia boleh dibuat melalui melalui Portal myASNB atau aplikasi mudah alih myASNB di telefon pintar masing-masing.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaannya: –

Cara Pengeluaran ASB secara atas talian

Pengeluaran simpanan ASB boleh dibuat secara atas talian (online) dengan had maksimum jualan balik ditetapkan sebanyak 2,000 unit sebulan.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Pengeluaran ASB secara atas talian boleh dibuat dengan tatacara berikut:

  • Log masuk di aplikasi myASNB atau portal MyASNB;
  • Pergi ke menu “Portfolio”. Pilih dana yang ingin dikeluarkan;
  • Klik pada menu “Transaksi” dan pilih menu “Jualan Balik”;
  • Akan keluar maklumat akaun bank yang telah didaftarkan dalam portal;
  • Isi maklumat dan buat pengesahan untuk pengeluaran;
  • Jumlah pengeluaran akan dimasukkan ke akaun simpanan kita dalam masa 1 hari bekerja.

Bagi yang belum membuat pendaftaran di Portal myASNB atau aplikasi mudah alih myASNB ia boleh dibuat dengan mengikuti taracaranya – DI SINI.

Maklumat lebih teliti berkenaan pengeluaran ASB secara atas talian boleh dilihat di Portal Rasmi ASNB – DI SINI.

Related Posts