Cara mudah membuat pendaftaran bantuan KWSP sebanyak RM480 & RM2,500

Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan. Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Agensi sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Salah satunya termasuklah sebuah insentif khas di bawah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang dikenali sebagai Kasih Suri Keluarga Malaysia KWSP.

Insentif khas ini memberikan pelbagai manfaat kepada ahlinya iaitu golongan suri rumah yang mencarum di KWSP sebagai usaha memastikan kesejahteraan dan mengiktiraf sumbangan mereka kepada ahli keluarga dan pembangunan negara.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan insentif khas ini:

Manfaat-manfatnya

  • RM480: Sumbangan Kerajaan setahun
  • RM2,500: Bantuan Kematian
  • RM5,000: Bantuan Hilang Upaya
  • Caruman dalam apa-apa amaun dan pada bila-bila masa mengikut kemampuan mereka dan masih boleh membuat pengeluaran mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan;
  • Menerima dividen tahunan KWSP.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Belum mencapai umur 55 tahun;
  • Isteri kepada Ketua Isi Rumah (KIR)/Wanita (KIR);
  • Golongan suri rumah yang berdaftar dalam Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (eKasih) setakat 30 November 2021;
  • Mencarum sekurang-kurangnya RM5 sebulan atau RM60 setahun ke dalam akaun KWSP.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Cara Mendaftar

Untuk yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan, pendaftaran insentif khas ini boleh dibuat melalui kaunter atau kios di cawangan-cawangan KWSP berhampiran.

Caruman kemudiannya boleh dibuat oleh suri rumah sendiri atau suami.

Maklumat lebih teliti berkenaan insentif khas ini boleh dilihat di Portal Rasmi KWSP – DI SINI.

Related Posts