MPAJ buka pengambilan besar-besaran bagi November 2022: Gaji sehingga RM9,643, imbuhan disediakan

Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa pihak Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) kini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi banyak kekosongan jawatan yang ditawarkan.

Calon hendaklah membuat permohonan berdasarkan maklumat dan kelayakan yang ditetapkan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan-jawatan yang ditawarkan.

Jawatan Kosong

  1. ARKITEK
    • Gaji: RM2,529 – RM9,643
  2. PEGAWAI PENGUATKUASA
    • Gaji: RM2,081 – RM9,547
  3. PEGAWAI UNDANG-UNDANG
    • Gaji: RM2,418 – RM9,607
  4. PENOLONG JURUAUDIT
    • Gaji: RM1,498 – RM5,678
  5. PENOLONG PEGAWAI SENIBINA
    • Gaji: RM1,549 – RM5,701
  6. PEMBANTU JURUAUDIT
    • Gaji: RM1,353 – RM4,005

Syarat-syarat Kelayakan

  • Merupakan warganegara Malaysia;
  • Berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh tutup hebahan kekosongan jawatan;
  • Syarat kelayakan akademik dan lebih khusus yang lain hendaklah dilihat di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Cara Memohon

Kepada calon-calon yang berminat dengan jawatan yang ditawarkan, permohonan boleh dibuat dengan mengemukakan permohonan seperti mana yang ditetapkan di pengumuman rasmi kekosongan jawatan.

Permohonan hendaklah dibuat dengan mengisi Borang MPAJ  yang boleh didapati dari Kaunter Khidmat Pelanggan atau muat turun melalui Portal Rasmi MPAJ.

Borang itu yang lengkap hendaklah dilampirkan bersama:

  • Salinan Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran;
  • Salinan Sijil-sijil Persekolahan termasuk Sijil Berhenti Sekolah;
  • Salinan Kelulusan Akademik (sila lampirkan bersama surat pengesahan pengiktirafan kelayakan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi sijil/diploma/ijazah dari IPTS dan luar negara (jika berkenaan);
  • Transkrip keputusan peperiksaan semua semester (jika yang berkenaan);
  • Sekeping gambar ukuran passport (warna);
  • Nama jawatan yang dipohon hendaklah dinyatakan dipenjuru atas kiri sampul surat permohonan.

Slip akuan penerimaan borang permohonan hendaklah diisi dan disertakan dengan setem RM1.50 sen dan dihantar ke alamat:

YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA
KAUNTER KHIDMAT PELANGGAN ARAS 4
MENARA MPAJ
JALAN PANDAN UTAMA
PANDAN INDAH
55100 KUALA LUMPUR
(U.P: BAH. PENGURUSAN SUMBER MANUSIA)

Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dimaklumkan untuk menghadiri temuduga oleh pihak majikan.

Tarikh tutup permohonan pada 02 November 2022, RABU.

Maklumat rasmi kekosongan jawatan dan borang boleh didapati – DI SINI.

Related Posts