Bantuan RM3,600 setahun untuk pelbagai tujuan: Ini cara memohon BKPKK tahun 2022

Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan. Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Salah satunya termasuklah sebuah inisiatif yang dikenali sebagai Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti (BKPKK) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang dibuka permohonannya untuk mereka yang berkelayakan.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenana BKPKK:

Kadar Bantuan

BKPKK pada asasnya diberikan kepada pelajar Kolej Komuniti untuk dua semester pengajian sahaja. Jumlah bantuan adalah sebanyak RM1,800 bagi satu semester dan RM3,600 bagi dua semester.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Pemohon hendaklah warganegara Malaysia;
  • BKPKK diberikan hanya kepada pelajar Kolej Komuniti peringkat sijil jangka panjang sahaja iaitu yang melibatkan pengajian sekurang-kurangnya 4 semester (peringkat sijil);
  • Pelajar yang layak diberikan BKPKK adalah pelajar yang mempunyai ibubapa/penjaga sah yang berpendapatan kasar bulanan ibubapa sebanyak RM3,000 dan ke bawah tanpa tertakluk kepada jumlah tanggungan isi rumah;
  • Menandatangani 2 salinan perjanjian (tanpa penjamin);
  • Mengisi Borang Penyata Pendapatan Bulanan Keluarga;
  • Pelajar tidak dibenarkan mempunyai penaja lain dalam tempoh program.

Cara Memohon

Dimaklumkan bahawa pelajar yang layak menerima bantuan kewangan ini bagi sepanjang setahun atau dua semester pengajian hendaklah mendapat CGPA minimum 2.0 untuk melayakkan diri untuk menerima bantuan kewangan pada semester kedua.

Permohonan BKPKK boleh dibuat melalui melalui pusat Kolej Komuniti masing-masing.

Maklumat lengkap berkenaan bantuan kewangan ini sila teliti di Portal Rasmi KPM atau DI SINI

Related Posts