Bantuan RM300 dibayar pada bulan depan: Ini senarai yang layak & cara buat semakan

Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan. Antaranya termasuklah bantuan kewangan di bawah RISDA yang dikenali sebagai Bantuan Musim Tengkujuh (BMT).

BMT pada asasnya merupakan sebuah bantuan di bawah Bajet 2022 yang dilaksanakan pada tahun ini dengan nilai sebanyak RM600 dibayar dua fasa (RM300 setiap fasa).

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan BMT:

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Pekebun kecil berdaftar dengan RISDA;
  • Keluasan 0.1 hektar hingga 2.5 hektar;
  • Pemilik tanah yang sah bagi Pemilik Pengusaha atau pengesahan dari pemilik tanah yang sah bagi Penoreh Bukan Pemilik;
  • 1 Lot hanya seorang pekebun kecil sahaja (sama ada pemilik tanah atau penoreh);
  • Seorang penerima hanya layak menerima bantuan sekali sahaja;
  • Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah (bagi Penoreh Bukan Pemilik sahaja).

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Cara Semak Kelulusan

Pembayaran BMT akan disalurkan pada bulan November (Fasa 1) dan Disember (Fasa 2) 2022 dengan jumlah sebanyak RM300 setiap fasa.

Berkenaan dengan kaedah pembayaran pula, ia aka dilaksanakan secara Electronic Fund Transfer (EFT) ke akaun bank aktif yang telah didaftarkan oleh penerima ketika permohonan dibuat.

Semakan kelulusan BMT boleh dibuat secara atas talian (online) di portal rasmi BMT RISDA – DI SINI.

Manakala, maklumat lengkap berkenaan bantuan kewangan ini boleh dibaca secara teliti di Portal Rasmi RISDA – DI SINI.

Related Posts