Ramai yang masih terlepas pandang: Ini cara dapatkan Baucar RM75 untuk semua penerima BKM

Pelbagai jenis bantuan kewangan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan. Antaranya adalah melalui Bajet 2023 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri  Zafrul Tengku Abdul Aziz di Dewan Rakyat, 7 Oktober 2022 lalu.

Salah satunya adalah apabila pihak Kerajaan setuju meneruskan Program Baucar RM75 Perlindungan Tenang yang ramai terlepas pandang khususnya kepada para penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM).

Berikut adalah penjelasan lanjut berkenaan program baucar ini:

Syarat-syarat Kelayakan

Pada asasnya, program ini terbuka kepada semua penerima BKM yang layak untuk kategori isi rumah, bujang dan warga emas.

Bermula pada tahun 2022, baucar RM75 diperuntukkan untuk penerima BKM yang layak untuk membeli / menyertai pelan Perlindungan Tenang atau memperbaharui pelan Perlindungan Tenang sedia ada daripada syarikat insurans dan pengendali takaful berlesen.

Cara Menebus Baucar RM75

Penebusan baucar ini boleh dilaksanakan secara atas talian (online) melalui tatacara berikut:

  • Langkah 1: Layari laman web MyCoverage
  • Langkah 2: Skrol ke bawah untuk melihat seksyen “Produk Perlindungan Tenang”. Klik ikon logo syarikat/produk Perlindungan Tenang untuk mendapatkan maklumat asas mengenai produk tersebut. Sila semak kriteria produk masing-masing seperti had umur dan jumlah premium/sumbangan sebelum memutuskan produk yang paling sesuai dengan keperluan anda;
  • Langkah 3: Tekan butang “KETAHUI LEBIH LANJUT” dan anda akan dibawa ke laman web syarikat insurans atau pengendali takaful yang menawarkan produk Perlindungan Tenang tersebut
  • Langkah 4: Anda akan dibantu untuk melalui proses yang mudah untuk menyertai/membeli pelan tersebut. Anda perlu mengisi maklumat yang diperlukan seperti nama, nombor Kad Pengenalan, umur, jantina dan lain-lain untuk melengkapkan proses pembelian. Anda mungkin juga perlu memasukkan nombor Baucar Perlindungan Tenang unik anda untuk menuntut baucar tersebut semasa pembelian pelan tersebut. Anda dinasihatkan untuk membaca terma dan syarat pelan tersebut sebelum membuat pembelian.

Selain itu, penebusan baucar juga boleh dibuat di kaunter melalui pejabat cawangan atau ejen/pengedar sah syarikat insurans/pengendali takaful.

Bagi yang belum begitu memahami kaedah pelaksanaan program ini, maklumat lengkap berkenaannya boleh dirujuk di Portal MyPTV – DI SINI.

Related Posts