Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu

Senarai mereka yang layak & cara memohon Bantuan Kewangan RM2,700 secara ‘one-off’

Posted on October 18, 2022 by Admin

Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan. Antaranya termasuklah bantuan-bantuan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Salah satunya adalah Geran Pelancaran yang membabitkan Bantuan Kewangan sebanyak RM2,700 secara ‘one-off’ kepada mereka yang berkelayakan.

Tujuan utama Geran Pelancaran ini adalah:

  • Pemerkasaan ekonomi kumpulan sasar JKM yang produktif, mempunyai minat, kemahiran dan potensi untuk menjana pendapatan individu / keluarga;
  • Mewujudkan program pembangunan dan pengintergrasian bagi membantu klien mencapai matlamat ke arah berdikari.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  • Kumpulan sasar JKM;
  • Tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Seperti mana yang dinyatakan sebagai kumpulan sasar JKM, ia bermakna Geran Pelancaran hanya diberikan kepada penerima bantuan JKM sedia ada sahaja.

Oleh hal demikian, jika seseorang itu bukan penerima bantuan sedia ada, mereka perlu membuat permohonan bantuan bulanan terlebih dahulu.

Sekiranya mereka layak menerima bantuan bulanan, maka permohonan Geran Pelancaran boleh dikemukakan.

Cara Memohon

Kepada yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan Geran Pelancaran boleh dikemukakan di mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat terdekat.

Bagi maklumat lengkap berkenaan skim bantuan ini, ia boleh diteliti di Portal Rasmi JKM – DI SINI.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
October 2022
M T W T F S S
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  
« Sep   Nov »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme