Bantuan kewangan RM8,000 secara ‘one-off’ untuk penerima BKM: Ini cara membuat tuntutan

Pelbagai jenis bantuan kewangan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan. Antaranya adalah melalui Bajet 2023 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri  Zafrul Tengku Abdul Aziz di Dewan Rakyat, 7 Oktober 2022 lalu.

Salah satunya adalah apabila pihak Kerajaan setuju meneruskan Skim Perlindungan mySalam bagi tahun 2023 dengan membuka kepada syarikat insurans dan takaful untuk bersama-sama memastikan kesinambungan MySalam.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenan skim bantuan ini:

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Penerima BKM merangkumi:
    • Individu berumur antara 18 hingga 65 tahun dan pasangan;
    • Individu bujang berumur antara 21 hingga 65 tahun;
    • Individu OKU berumur antara 18 hingga 65 tahun.

Bantuan RM8,000 ‘one-off’

Kepada yang berkelayakan, mereka boleh menerima pembayaran tunai sebanyak RM8,000 yang dibayar sekali (one-off) seumur hidup apabila didiagnos salah satu daripada 45 Penyakit Kritikal (senarai boleh rujuk DI SINI).

Cara Membuat Tuntutan

Tuntutan mySalam bagi Penyakit Kritikal boleh dibuat seperti mana tatacara yang ditetapkan di bawah:

  • Langkah 1: Layari Portal Rasmi mySalam dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan (No. KP) dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang anda telah tetapkan)
  • Langkah 2: Klik ‘Muat turun Borang’ dan muat turun borang ‘Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor’, berdasarkan jenis penyakit kritika
  • Langkah 3: Dapatkan doktor atau pakar yang merawat anda untuk melengkapkan borang ‘Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor
  • Langkah 4: Log masuk ke Portal Rasmi mySalam dan klik ikon ‘Tuntutan’, kemudian ikon ‘Penghantaran Tuntutan’. Skrol ke bawah laman dan klik ikon ‘Tuntutan Penyakit Kritikal’.
  • Langkah 5: Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Muat naik’ untuk memuat naik berikut dalam format .pdf atau .jpeg
    • Borang Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor
    • Salinan dokumen pengenalan, cth Kad Pengenalan (depan dan belakang)
  • Langkah 6: Klik butang ‘Hantar’ untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.

 

Maklumat lengkap berkenaan mySalam, semakan dan tuntutan boleh dibaca serta dikemukakan – DI SINI.

Related Posts