Semua akan dapat, tanpa had pendapatan: Ini tarikh bayaran Bantuan Kewangan BAP RM150 ‘one-off’

Pelbagai jenis bantuan kewangan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan. Antaranya adalah melalui Bajet 2023 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri  Zafrul Tengku Abdul Aziz di Dewan Rakyat, 7 Oktober lalu.

Salah satu yang menarik perhatian adalah apabila Kerajaan setuju memberikan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) yang dinaikkan kepada RM150 berbanding RM100 sebelumnya.

Malah, pihak Kerajaan juga akan memberikan bantuan kewangan ini kepada semua murid tanpa had pendapatan ibu bapa, berbeza dengan sebelumnya yang hanya diberikan kepada mereka yang ibu bapanya berpendapatan kasar RM3,000 dan ke bawah sebulan.

Bantuan ini diberikan kepada para murid yang bersekolah di Sekolah Kerajaan (SK), Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK), Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Agama Negeri dan Sekolah Swasta (selain sekolah antarabangsa).

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Berkenaan dengan tarikh pembayaran BAP, ia akan dilaksanakan pada bulan Januari 2023 sesuai dengan tujuannya untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan anak-anak yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga terutamanya pada awal tahun.

Bantuan ini akan memanfaatkan 5.5 juta murid dengan peruntukan dana sebanyak RM825 juta, jauh melebihi tahun 2022 iaitu RM450 juta.

Dalam masa sama, Bajet 2023 juga meneruskan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dengan menaikkan kadar makanan bermasak RMT daripada RM2.50 kepada RM3.50 untuk Semenanjung dan RM3 kepada RM4 bagi Sabah, Sarawak dan Labuan.

Maklumat lengkap berkenaan manfaat-manfaat di bawah Bajet 2023, ia boleh dilihat di Portal Rasmi Bajet 2023 – DI SINI.

Related Posts